awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pencarian pendatang tanpa izin lolos dihentikan - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
16/02/2024
13:27 MYT
Operasi pencarian pendatang tanpa izin lolos dihentikan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata ini kerana operasi pencarian di dalam hutan serta sekatan jalan raya oleh PDRM dan Jabatan Imigresen telah dihentikan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pencarian saki-baki pendatang tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Feb lepas kini dibuat berdasarkan laporan orang awam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana operasi pencarian di dalam hutan serta sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen telah dihentikan.
"Kita tahu bahawa mereka ini akan keluar dari hutan dan pergi ke surau atau masuk ke kampung untuk meminta makanan.
"Orang kampung yang melihat mereka akan terus melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya selepas melawat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Cheras hari ini.
Pada 1 Feb lepas, seramai 131 tahanan bolos dari blok lelaki depot berkenaan dan daripada jumlah itu, 101 orang berjaya ditahan semula manakala 2 lagi maut akibat nahas jalan raya.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution mengakui terdapat kekurangan dalam langkah menggunakan bekas tapak Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai depot imigresen dan beliau akan membuat keputusan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.
"Pendatang yang ditahan telah ditempatkan di lokasi lain dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat sama ada depot itu masih boleh dijadikan tempat tahanan atau tidak.
"Siasatan juga masih dijalankan bagi mengesan siapa dalang utama kejadian itu," katanya.
Dalam insiden itu, pendatang tanpa izin yang telah melarikan diri adalah terdiri daripada 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendatang tanpa izin
#warga Bangladesh
#dalang utama
#Depot Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan