awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR Orang Asli hilang di hutan

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
11/07/2023
23:00 MYT
Operasi SAR Orang Asli hilang di hutan
Anggota polis bersama penduduk melakukan operasi mencari dan menyelamat warga emas yang hilang di Kampung Chekai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Lipis. Foto kecil Bah Mail. - Foto IPD Lipis
LIPIS: Polis giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang warga emas Orang Asli yang dilaporkan hilang di Kampung Chekai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, Mukim Jelai dekat sini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Bah Mail Pak Gendet, 76, dipercayai keluar dari rumahnya pada jam 8 pagi Ahad lalu untuk mencari hasil hutan namun masih tidak pulang sehingga hari ini.
“Seorang penduduk kampung yang juga pengadu, Karim Andong, 51, serta jiran mangsa telah keluar mencari di sekitar kampung dan kawasan hutan berdekatan sekitar jam 7.45 petang (Ahad) setelah menyedari mangsa tidak pulang namun masih gagal menemuinya.
“Susulan kejadian ini, pengadu telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan pada jam 4.14 petang, hari Isnin kerana bimbang keselamatan mangsa yang juga menghidap penyakit darah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, tindakan awal anggota polis ialah dengan melakukan operasi SAR bersama orang kampung bagi menjejaki mangsa di sekitar tempat kejadian.
“Operasi SAR masuk hari kedua namun mangsa masih belum dijumpai dan usaha mencari akan diteruskan dengan bantuan orang orang kampung.
“Oleh kerana keadaan gelap hari ini, operasi SAR ditangguhkan dan akan bersambung esok (Rabu),” katanya.
Menurut Azli, operasi SAR turut disertai oleh 14 pegawai dan anggota polis serta dibantu oleh penduduk kampung seramai 60 orang dengan kaedah pencarian lebih kepada berjalan kaki.
“Kawasan operasi mencari mangsa merupakan kawasan hutan dan kebun getah berbukit di kawasan perkampungan Orang Asli,” katanya.
Topic Berkaitan
#warga emas
#Orang Asli
#SAR
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan