NATIONAL
Operasi SAR tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan hingga malam - Bomba

Pihak anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di lokasi khemah operasi SAR, Kampung Raja, Cameron Highland. - Foto Astro AWANI
CAMERON HIGHLANDS: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands dijangka diteruskan hingga malam jika cuaca baik.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, SAR akan diteruskan sehingga kesemua lima mayat dijumpai.
“Setakat jam 3 petang, Jumaat hanya dua jumlah mangsa ditemui disebalik runtuhan.
“Pihak kami akan teruskan operasi meskipun waktu menginjak malam” tambahnya lagi.
Menurut laporan awal, cuaca sejak pagi tadi di lokasi runtuhan adalah hujan rintik-rintik yang menyebabkan operasi menyelamat lebih sukar untuk dijalankan.
“Ia ditambah lagi dengan lokasi runtuhan berada lebih kurang 3 kilometer dari jalan utama
“Ia jelas menyukarkan kenderaan dan jentera penyelamat untuk masuk lokasi (ground-zero).
“Setakat ini seramai 140 anggota terlibat dalam operasi Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pasukan Khas dari Negeri Perak, Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan dua Unit Pengesan K9.
“Ia juga melibatkan rakan strategik jabatan iaitu PDRM dan APM,” tambahnya lagi.
Dalam kejadian 2.51 pagi tadi lima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands mengesahkan kesemua lima mangsa merupakan warga Myanmar berusia antara 25 hingga 56 tahun.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami