awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi tamat di kawasan runtuhan jambatan

Bernama
Bernama
08/06/2013
11:08 MYT
Operasi tamat di kawasan runtuhan jambatan
Polis dan bomba menamatkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada pukul 6 petang ini.
Timbalan Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata operasi ditutup dengan rasminya selepas mesyuarat diadakan dengan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Keputusan itu diambil hasil perbincangan dan kami akan menyerahkan kawasan runtuhan ini kepada pihak kontraktor untuk kerja pembersihan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata jalan di sekitar kawasan runtuhan ini akan ditutup sehingga pemberitahuan kelak.
Katanya jalan itu hanya akan dibuka semula selepas pengesahan keselamatan daripada pakar kejuruteraan.
Abdul Rahim, yang berpuas hati dengan keseluruhan operasi, berkata pasukan JPAM, polis, bomba dan agensi yang terlibat telah melakukan yang terbaik untuk memastikan operasi berjalan lancar.
Khamis lepas, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini runtuh kira-kira 6.40 petang.
Mayat Tajudin Zainal Abidin, 45, yang terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Kelisa di bawah runtuhan itu berjaya dikeluarkan kira-kira 8.45 malam semalam.
Kejadian itu turut mengakibatkan tiga orang mengalami kecederaan, dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39.
Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, Thilasheni Rajendran, 24, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.
Topic Berkaitan
#jambatan
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan