Kerajaan sedia memperluaskan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) oleh anggota polis jika ia didapati berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata operasi unit itu yang dilancarkan di Puchong Rabu, akan dikaji keberkesanannya dalam tempoh enam bulan sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menambah peruntukan untuk tujuan itu.
"Saya berharap ia (URB) akan diberi peluang untuk melakukan tugasan mereka, dalam tempoh masa enam bulan ini kita akan buat kajian semula.
"Kalau buddy system iaitu dua anggota menunggang motosikal pada setiap masa didapati berkesan dan amat berfaedah, maka kerajaan sanggup menambahkan lagi bilangan anggota bermotosikal ini.
"Tak payah tunggu bajet 2014, bajet 2013 kita boleh tambah lagi untuk tunjuk yang kita komited dan serius untuk memerangi jenayah," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran URB Polis Diraja Malaysia di Bandar Kinrara, Puchong di sini.
Katanya kerajaan komited dan serius memerangi jenayah bagi memenuhi tuntutan rakyat yang mahu menikmati kesejahteraan hidup di negara ini.
Najib berkata URB akan melakukan rondaan selama 24 jam di kawasan perumahan dalam tiga syif serta kawasan sibuk seperti kawasan perniagaan, perindustrian, taman rekreasi dan sekolah.
Bagi peringkat permulaan, sebanyak 560 daripada 1,000 unit motosikal Kawasaki Ninja 250 yang dilengkapi dengan sistem lampu dan siren telah disediakan untuk pelaksanaan program di empat negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Semasa membentangkan Belanjawan 2013, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan 1,000 buah motosikal dengan peruntukan RM20 juta bagi URB untuk memantau kawasan perumahan khususnya.
Dalam pada itu, Najib mengakui masih lagi wujud isu 'jurang persepsi' dalam usaha kerajaan memerangi jenayah di negara ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sentiasa mengambil sikap untuk melipatgandakan usaha mengurangkan kadar jenayah termasuk menyediakan peruntukan dalam Belanjawan 2013 bagi pelaksanaan Fasa kedua bidang keberhasilan utama negara (NKRA) selain memperkenalkan inisiatif-inisiatif untuk membanteras jenayah.
"Oleh itu, kita tidak seharusnya membuang terlalu banyak masa untuk berdebat dari segi polemiknya. Sebaliknya kita harus mengambil sikap dan pendirian bahawa rakyat masih mahukan kita melipatgandakan usaha kita," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut meminta supaya komuniti setempat sentiasa memberikan sokongan kepada usaha kerajaan sekaligus tidak wujud lagi jurang persepsi bahawa kadar jenayah di negara ini masih tinggi kerana hakikatnya di bawah program transformasi kerajaan dan NKRA, kadar jenayah dapat dikurangkan pada tahap paling minimum.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Bernama
Thu Dec 20 2012
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Operasi unit rondaan motosikal diperluas
Perdana Menteri berkata operasi unit itu yang dilancarkan di Puchong Rabu, akan dikaji keberkesanannya dalam tempoh enam bulan sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menambah peruntukan.