awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar lancar RPN 2026-2035 pada 20 Jan, perkukuh ekosistem pendidikan negara
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan erat ASEAN buka ruang kerjasama pertanian, tenusu - PM Anwar

Bernama
Bernama
16/08/2025
13:15 MYT
Hubungan erat ASEAN buka ruang kerjasama pertanian, tenusu - PM Anwar
Perdana Menteri merasmikan Karnival Usahawan Tenusu MADANI: Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak di Larut, Perak. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Hubungan erat Malaysia dengan rakan serantau khususnya ASEAN membuka ruang kerjasama luas dalam pelbagai bidang termasuk pertanian dan tenusu berasaskan keyakinan serta kepercayaan rakan industri serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan erat Malaysia-ASEAN membuka peluang kerjasama luas dalam pertanian dan tenusu.
  • Sektor ini dipacu teknologi moden termasuk AI, sokongan sektor swasta dan usahawan tempatan untuk tingkatkan produktiviti serta inovasi.
  • Kerajaan melalui Ekonomi MADANI komited perluas peluang ekonomi wilayah dan Anwar umum peruntukan RM1 juta bagi infrastruktur di Larut, Matang dan Selama.

Beliau berkata kejayaan sektor itu turut disokong oleh kesiapsiagaan sektor swasta, semangat kental usahawan tempatan serta integrasi teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI) yang sekali gus mempertingkatkan produktiviti, mengukuhkan rantaian nilai industri tenusu dan memacu inovasi pertanian moden.
"Hari ini saya berpeluang bersama masyarakat setempat di Pondok Tanjung (Perak) sempena peluncuran Karnival Usahawan Tenusu MADANI yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam memacu industri tenusu negara.
"Dalam ucapan, saya tekankan bahawa Malaysia merupakan negara yang bertuah bukan sahaja kaya dengan sumber tetapi turut menikmati hubungan erat dengan rakan-rakan serantau khususnya ASEAN," kata beliau dalam hantaran Facebook hari ini.
Perdana Menteri berkata melalui Ekonomi MADANI, kerajaan bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan sektor swasta akan terus memperluas peluang ekonomi wilayah, mewujudkan lebih banyak pekerjaan, mengukuhkan kedudukan usahawan tempatan serta memastikan hasil pembangunan dinikmati rakyat.
"Sebagai komitmen segera, saya turut umumkan peruntukan RM1 juta bagi kerja-kerja infrastruktur mendesak di kawasan Daerah Larut, Matang dan Selama," kata beliau.
Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan Karnival Usahawan Tenusu MADANI: Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak di Larut, Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan erat ASEAN
#ruang kerjasama
#pertanian
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan