awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Daulat: Homestay dijadikan tempat berlindung

Hakim Rahman
Hakim Rahman
17/03/2013
03:22 MYT
Ops Daulat: Homestay dijadikan tempat berlindung
Sebelum Felda Sahabat menjadi popular di dada akhbar akibat insiden pencerohohan penganas Sulu, ia merupakan satu kawasan pelancongan terkenal di Lahad Datu.
Menyedari wujud peluang yang cerah dalam sektor ini, beberapa peneroka di Felda ini mengambil langkah membuka rumah mereka kepada pelancong menerusi program homestay.
Semasa Ops Daulat, Homestay dijadikan tempat berlindung petugas media dan pekerja kemanusiaan.
Asmah Abdul Hasan misalnya antara yang menjadikan kediamannya sebagai homestay.
Namun, sejak insiden pencerobohan penganas Sulu bermula, Asmah membuka pintu rumahnya kepada pekerja kemanusiaan yang berkampung di Felda Sahabat.
Pada kebiasaannya rumah ini hanya mampu memuatkan 6 tetamu pada satu-satu masa, namun semasa liputan ini dibuat rumah ini memuatkan 12 tetamu.
Oleh itu ruang tamu juga dijadikan sebagai tempat untuk tidur.
"Kami memilih orang juga. Kalau orang yang datang untuk berkerja, makcik terima sahaja," kata beliau.
Walaupun rumahnya agak sesak, namun Asmah menawarkan rumahnya sebagai tempat berteduh kepada pekerja kemanusiaan kerana ingin turut sama membantu mereka yang sanggup berkorban untuk negara.
Selain kediaman Asmah, kediamaan lain turut dijadikan sebagai tempat tinggal kepada pekerja kemanusiaan termasuk petugas media di Felda Sahabat.
Sebanyak 11 buah kediaman di Felda Sahabat menyertai program homestay.
Topic Berkaitan
#felda sahabat
#homestay
#Ops Daulat
#pencerobohan pengganas Sulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan