ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 39,066 saman kepada pengguna atas pelbagai kesalahan kerana gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya dalam tempoh lima hari sempena operasi khas perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.
Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, jumlah notis saman yang dikeluarkan tesebut adalah sebanyak 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,219 motosikal dan 177 kereta disita manakala kesalahan paling tinggi yang dicatatkan adalah tiada lesen memandu kompeten (CDL) iaitu dengan jumah 10,405.
“Kesalahan tinggi seterusnya adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dengan jumlah 7,339, teknikal (6,821), tiada insurans (6,094), tiada lesen vokasional (1,233), kesalahan utama (1,730) dan lain-lain kesalahan (5,444).
“Ops Khas HRA 2024 diteruskan pelaksanaannya meliputi pemeriksaan ke atas pelbagai jenis kenderaan bagi memastikan pematuhan peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya,” katanya pada sidang akhbar pada malam Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Ops Khas HRA 2024 di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini.
Lokman berkata, dalam perkembangan sama, JPJ melalui kerjasama bersama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut mengesan lima kes melibatkan pemandu kenderaan perkhidmatan awam iaitu bas yang menggunakan bahan terlarang seperti methamphetamine.
Menurutnya, dua kes dikesan di Sarawak, dua di Kedah dan satu lagi di Kelantan membabitkan pemandu berumur 31 hingga 67 tahun.
“Justeru, bagi tindakan selanjutnya, JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta 715.
“JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjutan diperolehi daripada pihak AADK,” ujar beliau.
Tambah beliau, JPJ dalam usaha untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya pada Aidilfitri ini melalui operasi khas bermula 1 sehingga 20 April depan.
JPJ juga turut melaksanakan pemeriksaan di 54 depoh dan 28 terminal bas utama sepanjang tempoh itu bagi memastikan kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam ke arah peningkatan keselamatan, kualiti dan kebolehharapan kepada pengguna. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 07 2024
Lokman (kanan) ketika memeriksa tahap ketebalan tayar dalam 'Op Hari Raya Aidilfitri 2024 di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar, malam tadi. --fotoBERNAMA
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.