awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Selamat 15: Tiada kesedaran di jalan raya punca peningkatan saman - KPN

Fareez Azman
Fareez Azman
03/06/2019
10:44 MYT
Ops Selamat 15: Tiada kesedaran di jalan raya punca peningkatan saman - KPN
Abdul Hamid menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur di Plaza Tol Gombak pada Isnin. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador menjelaskan statistik saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Ops Selamat ke 15 sempena Aidilfitri tahun ini mencatatkan peningkatan meskipun baru memasuki hari kelima dilancarkan.
Ujar Hamid, penambahan saman itu disebabkan peningkatan bilangan kenderaan di seluruh negara serta kesalahan pengguna yang dikesan.
“Kita dapati statistik saman lebih tinggi daripada biasa, kita dapati ia semata-mata disebabkan pengguna bertambah.
"Ini amat menyedihkan apabila statistik saman itu bertambah, maknanya seolah-olah kesedaran tidak meningkat,” katanya.
Antara kesalahan yang dikesan adalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar, serta memandu melebihi had laju ditetapkan.
Bagaimanapun, pihaknya akan terus melakukan pemantauan serta mengambil tindakan kepada pesalah jalan raya dalam memastikan kemalangan dapat dikurangkan.
Sehingga kini, sejumlah 121,590 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) PDRM dalam Ops Selamat 15.
Daripada jumlah itu, Kontinjen Bukit Aman mencatatkan saman tertinggi iaitu 30,099 saman diikuti Selangor 17,442 saman dan Johor 9,609 saman.
Sejumlah 8,545 kemalangan dan 90 kematian dicatatkan setakat ini.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#balik kampung
#Bukit Aman
#Jalanraya
#kemalangan
#kesalahan
#Ketua Polis Negara
#KPN
#lebuhraya
#maut
#Ops Selamat
#PDRM
#penguatkuasaan
#Polis Diraja Malaysia
#saman
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan