MALAYSIA
Ops Sikaro: Kegiatan seludup berkemungkinan didalangi segelintir penguat kuasa

PRM membekukan akaun bernilai RM218 juta dan menggempur premis di Lembah Klang dan Johor melalui Ops Sikaro. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai mengambil keterangan 10 individu dan 14 syarikat yang dipercayai terlibat sindiket penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.
Ringkasan AI
- SPRM menyiasat sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut yang menyebabkan kerugian hasil negara lebih RM250 juta (20202024), melibatkan 10 individu dan 14 syarikat serta taktik pengisytiharan palsu semasa import.
- Sindiket dipercayai dilindungi segelintir penguat kuasa dan pegawai ATM, dengan bayaran melalui orang tengah; siasatan kini tertumpu kepada pengubahan wang haram dan pelanggaran Akta SPRM serta AMLATFPUAA.
- SPRM membekukan akaun bernilai RM218 juta dan menggempur premis di Lembah Klang dan Johor melalui Ops Sikaro, dengan komitmen untuk mengambil tindakan tegas demi menjaga integriti sistem kawalan negara.
Beliau berkata rokok dan cerut yang diseludup disimpan di gudang persendirian, sebelum diagihkan ke pasaran.
"Berdasarkan siasatan awal, kegiatan penyeludupan ini berkemungkinan turut didalangi segelintir penguat kuasa yang memberi laluan mudah untuk menyeludup barangan berkenaan di pintu masuk negara, selain melindungi operasi gudang penyimpanan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan," kata sumber itu.
Sumber itu memaklumkan bayaran kepada penguat kuasa terlibat dipercayai dibuat secara tetap melalui wang tunai atau orang tengah bagi mengaburi jejak kewangan.
"Perkara yang dibimbangkan ialah sindiket ini dipercayai turut mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan dalam Ops Sohor pada 14 Ogos, menunjukkan wujudnya rangkaian perlindungan yang lebih luas," katanya.
Pada Selasa, Bahagian Operasi Khas SPRM dengan kerjasama strategik melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM), telah menggempur beberapa premis di sekitar Lembah Klang dan Johor menerusi Ops Sikaro, bagi membanteras kegiatan penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.
Siasatan itu kini difokuskan kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta AMLATFPUAA 2001.
Susulan operasi itu, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik persendirian dan akaun syarikat melibatkan nilai kira-kira RM218 juta dan sedang menyiasat bagi mengesan aset lain yang diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram oleh pegawai kastam yang disyaki terlibat, serta syarikat pengimport.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi menyatakan komitmen SPRM untuk meneruskan siasatan secara menyeluruh.
"SPRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan integriti sistem kawalan negara serta menyebabkan ketirisan hasil negara," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami