Skip to main content

Malaysia

Polis sahkan satu lagi kejadian warga asing maut jatuh di KLIA Terminal 2

71767606875_PDRMPolis.jpg
Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan punca kejadian masih disiasat.

PUTRAJAYA: Polis mengesahkan satu lagi kejadian warga asing maut akibat jatuh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA T2), malam tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata dalam kejadian kira-kira 9.10 malam itu, seorang lelaki warga Algeria berusia 30 tahun, dipercayai terjatuh dari kawasan luar balkoni terminal berkenaan.

Advertisement

Beliau berkata pasukan perubatan telah memberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian, sebelum mangsa dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, kira-kira 2.55 pagi tadi, pihak hospital mengesahkan lelaki berkenaan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan punca kejadian masih disiasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA  menerusi talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video