PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Op Tiris 3.0 dengan rampasan 2,550 liter minyak.
Rampasan itu dibuat dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Kawasan Perindustrian Klebang Bestari, Chemor, Perak pada 11 Mei lepas oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya pada 10 malam hasil aduan orang awam dan risikan KPDN.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata hasil maklumat awal yang diperoleh, modus operandi sindiket itu menggunakan lori yang diubah suai dengan tangki tambahan dan mengisi minyak diesel di beberapa buah stesen minyak sebelum minyak itu dikumpulkan serta diedarkan di pasaran gelap.
"Menyedari kehadiran pihak berkuasa KPDN, sebuah daripada dua buah lori yang sedang dipantau berjaya dilarikan manakala seorang pemandu bagi sebuah lagi lori bertindak melarikan diri meninggalkan lori dalam keadaan enjin masih hidup," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azman berkata hasil pemeriksaan lanjut, anggota pasukan menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 2,550 liter serta beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan.
"Sebuah lori, tiga buah tangki jenis Intermediate Bulk Container (IBC) yang mengandungi minyak diesel, hos paip, motor pam dan beberapa dokumen berkaitan serta peralatan lain yang ditemukan dalam lori itu telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM19,492.50," katanya.
Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel itu termasuk sumber minyak diesel ini diperoleh dan diedarkan.
Beliau berkata KPDN giat melaksanakan pemantauan berterusan termasuk bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain untuk mengesan sebuah lagi lori yang berjaya dilarikan itu.
Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan jika disabitkan denda tidak lebih RM1 juta dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi syarikat pula, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.
Selain itu, syarikat juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613].
Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Azman berkata hasil maklumat awal yang diperoleh, modus operandi sindiket itu menggunakan lori yang diubah suai dengan tangki tambahan. - Gambar Sinar Harian
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
AWANI 7:45 [16/1/2025] – Hentikan Kekejaman Israel | Sejarah Jadi Bukti | Balasan Terima Tender Bekal Makanan | Mangsa Terperangkap
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia sanggup lakukan apa sahaja capai kedamaian Palestin.
- Penduduk Palestin masih skeptikal gencatan senjata Israel.
- Pengarah syarikat direman, terima rasuah hampir RM1 juta.
- Banjir di Sandakan semakin memburuk, hampir tenggelam.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia sanggup lakukan apa sahaja capai kedamaian Palestin.
- Penduduk Palestin masih skeptikal gencatan senjata Israel.
- Pengarah syarikat direman, terima rasuah hampir RM1 juta.
- Banjir di Sandakan semakin memburuk, hampir tenggelam.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
AWANI Ringkas: Remaja maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata pihaknya menerima video itu kira-kira 3 petang tadi menerusi satu pautan di aplikasi X.
Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula
Saksi ke-15 mengakui telah melakukan analisis terhadap dua kad SIM milik pengadu dan satu milik Lew menggunakan perisian khas.
Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Projek itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
KPDN kenal pasti 38 stesen minyak dengan kadar jualan luar biasa
KPDN telah mengenal pasti 38 buah stesen minyak di seluruh negara, yang mencatatkan rekod penjualan minyak diesel serta RON95 secara tinggi dan luar biasa.
Op Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Op Tiris 3.0 dengan rampasan 2,550 liter minyak.
Lebih RM5 juta barangan bersubsidi diseleweng berjaya dirampas - Armizan
Lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0.
KPDN Negeri Sembilan rampas 116,623 liter diesel dalam lima serbuan
Serbuan turut menyita beberapa lori, 12 tangki IBC, 10 pam berserta hos keseluruhannya dianggar bernilai RM402,402.45.
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
Taktik isi diesel di stesen minyak jauh dari sempadan gagal
KPDN tumpaskan aktviti penyelewengan 25,000 liter minyak diesel
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi, menerusi serbuan Ops Tiris di sebuah premis di Rantau, Negeri Sembilan awal pagi, hari ini.
KPDN rampas minyak diesel, aset bernilai RM34.5 juta sejak Mac
Armizan berkata, rampasan itu termasuk 4.31 juta liter minyak diesel subsidi bernilai RM9.23 juta.
KPDN teruskan Ops Tiris sehingga 31 Dis ini
Ops Tiris, yang dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang sepatutnya berakhir pada 31 Ogos ini, akan diteruskan sehingga 31 Dis depan.
KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.