awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Asli huni tapak pelupusan: 'Kenapa letak JKOA bawah Jabatan Perpaduan?' - Hassan

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
21/02/2020
03:43 MYT
Orang Asli huni tapak pelupusan: 'Kenapa letak JKOA bawah Jabatan Perpaduan?' - Hassan
HASSAN: Tidak sesuai JKOA diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan di JPM sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa. -Gambar fail
Keputusan kerajaan memindahkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dari Kementerian Luar Bandar ke Jabatan Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dilihat mengganggu penyelarasan bantuan bagi membantu masyarakat itu.
Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hassan Ariffin dalam satu kenyataan berkata langkah itu menyukarkan Kementerian Luar Bandar untuk mengadakan penyelarasan dari segi tindakan susulan, perancangan serta bajet.
“Orang asli masih memerlukan sokongan, perancangan fizikal, kemudahan asas, pendidikan dan kesihatan.
"Oleh itu, adalah tidak sesuai JKOA diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan di JPM sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa,” kata Hassan.
Perkara ini menjadi perhatian ramai susulan isu masyarakat Orang Asli yang dilapor menghuni di pusat pelupusan sampah di Muadzam Shah, Pahang baru-baru ini.
“Pada tahun 2019 dan 2020, banyak peruntukan JAKOA telah dipotong, misalnya bantuan pakaian kepada pelajar-pelajar sekolah yang telah dihapuskan,” tambah beliau yang menyifatkan bantuan seperti buku sekolah dan tambang bas penting bagi menggalakkan anak Orang Asli menjalani aktiviti persekolahan seperti biasa.
Jelas beliau, bantuan itu lambat diperoleh terutama oleh pengusaha-pengusaha bas, sekali gus menjejaskan aktiviti persekolahan.
Beliau turut mendakwa projek bekalan air sedia ada tidak dipantau dan diselenggarakan dengan baik, malah ada yang langsung tidak berfungsi.
Beliau, dalam pada itu, mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan yang mahu menghulurkan bantuan dan memberi perhatian kepada masyarakat Orang Asli di luar bandar terutama yang melibatkan Parlimen Rompin.
Topic Berkaitan
#Hassan Ariffin
#Jabatan Kemajuan Orang Asli
#Jabatan Perpaduan JPM
#JKOA
#Orang Asli
#Orang Asli huni tapak pelupusan
#Pahang
#Pakatan Harapan
#pelupusan sampah
#Perdana Menteri
#Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan