Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan peringatan tegas kepada 'orang luar' dan sekutu politik mereka di Malaysia supaya tidak campur tangan dalam proses demokrasi negara.
Menyuarakan pandangannya yang lantang dalam ruangan akhbar utama bahasa Inggeris Thailand, Bangkok Post, bertajuk 'Building on Thai-Malaysian links' (membina hubungan Thai-Malaysia) beliau menekankan kepada hakikat bahawa kerajaan Malaysia adalah pilihan rakyat.
"Rakyat Thailand baru-baru ini mengundi bagi satu perlembagaan baharu. Itu hak mereka, dan orang luar tidak harus mengatakan sebaliknya."
"Begitu juga dengan kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat dan orang luar serta sekutu politik mereka di Malaysia tidak boleh cuba menggugat proses demokrasi ini di antara pilihan raya-pilihan raya yang diadakan," kata beliau.
Menurut perdana menteri, kedua-dua negara komited untuk bekerjasama memperbaiki taraf hidup rakyat masing-masing.
Walaupun dikritik oleh beberapa kerajaan asing, Thailand mengadakan referendum mengenai draf penggubalan perlembagaan itu bulan lepas, apabila lebih 61 peratus pengundi memilih untuk bersetuju dengan perlembagaan terbaharu itu.
Datuk Seri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Bangkok malam tadi setelah menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang yang berkaitan di Vientiane, Laos.
Perdana menteri mengetuai delegasi tujuh menteri dan pegawai-pegawai kanan menghadiri Perundingan Tahunan Malaysia-Thai keenam hari ini.
Delegasi Thailand akan diketuai Perdana Menteri Gen Prayut Chan-o-cha.
Datuk Seri Najib berkata era kuasa lama memaksa negara membangun untuk mengikut telunjuk mereka sudah berakhir.
"Kita bangga dengan sejarah dan budaya kita dan akan mempertahankan nilai-nilai kita terhadap mereka yang cuba memaksa nilai mereka ke atas kita - seperti juga kita mempertahankan kedaulatan negara kita dalam apa jua cara," kata Datuk Seri Najib.
Beliau turut memberi contoh ancaman baharu yang semakin meningkat dan yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap keamanan dan keselamatan yang dihadapi kerajaan termasuk Malaysia dan Thailand.
Kedua-dua negara jiran, katanya, tidak terkecuali daripada menghadapi ancaman dengan Thailand digegarkan tindakan pengeboman bulan lepas sementara Malaysia menghadapi serangan pertama yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daish pada Jun.
Beliau berkata kerajaan kedua-dua negara memahami bukan sahaja terhadap keperluan untuk bekerjasama tetapi juga perlunya bagi kerajaan mengambil tindakan tegas dalam menangani ancaman-ancaman ini.
"Sebagai perdana menteri Malaysia, keutamaan saya ialah keselamatan dan kawalan keselamatan negara dan rakyat. Tiada maaf untuk itu. Ini bermakna saya meletakkan kepentingan negara dahulu," kata beliau.
Datuk Seri Najib menegaskan bahawa keseimbangan antara kebebasan serta keselamatan seringkali rumit dan adalah jelas bahawa keseimbangan ini telah berganjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan ancaman keganasan nihilistik.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Malaysia akan sentiasa melindungi hak warganegaranya, termasuk melindungi, misalnya proses mahkamah yang bebas.
Perdana menteri menarik perhatian bahawa kerajaan di seluruh dunia terpaksa menggubal undang-undang baharu bagi menangani ancaman baharu dan tidak boleh berlengah-lengah dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa.
Meskipun begitu, kata beliau, masih ada segelintir pihak yang akan membahayakan masyarakat dengan menegaskan apa yang dianggapkan sebagai kebebasan, yang pada hakikatnya mempermudahkan pengganas, dan menuduh Malaysia serta Thailand menggunakan ancaman keganasan sebagai helah bagi memperkenalkan undang-undang yang berkaitan.
"Ini adalah pandangan bukan berdasarkan fakta dan lazimnya bermotifkan politik dengan memperkecil-kecilkan bahaya yang kita hadapi serta beberapa kekejaman pengganas yang berjaya ditumpaskan berikutan keberanian pasukan polis dan tentera Malaysia serta Thailand," katanya Datuk Seri Najib.
Beliau berkata kebanyakan daripada pengkritik ini berasal dari kawasan pedalaman dan mempunyai sedikit sahaja pengetahuan atau pemahaman tentang keadaan keselamatan di Malaysia dan Thailand.
"Kepada mereka, saya katakan Malaysia dan Thailand adalah negara berdaulat, dengan kerajaan yang memerintah perlu dibenarkan untuk meneruskan agenda mereka bagi mensejahterakan rakyat tanpa perlu campur tangan asing," kata Datuk Seri Najib.
Kerajaan Malaysia dan Thailand komited untuk terus mempertingkatkan kerjasama dua hala yang sedia kukuh, katanya, dan menegaskan bahawa Kuala Lumpur sedia membantu Bangkok untuk mencapai perdamaian di selatan Thailand.
"Ini adalah tanggungjawab yang besar dan sesuatu yang pada kami amat serius. Bagaimanapun kami berbesar hati untuk menjadi pemudahcara dalam proses perdamaian itu," katanya berhubung peranan Malaysia sebagai pemudahcara dalam proses perdamaian tidak rasmi antara Bangkok dan kumpulan militan selatan Thai.
Beliau berkata di bawah Strategi Pembangunan Bersama Kawasan Sempadan, kedua-dua negara berusaha untuk membawa program bina upaya dan latihan vokasional kepada kumpulan rentan di selatan Thailand, terutamanya ibu tunggal dan kalangan belia.
Malaysia, kata beliau, akan terus mengambil bahagian dalam tindakan pembinaan keyakinan, dan kestabilan serta kemakmuran yang terhasil daripadanya akan mengurangkan kebarangkalian kumpulan margin untuk menjadi mangsa puak ekstremis.
Datuk Seri Najib berkata Malaysia berterima kasih kepada pihak berkuasa Thai berikutan bantuan dan pertolongan mereka dalam isu sempadan, maritim dan perkongsian risikan.
Selain isu keselamatan, perdana menteri berkata kedua-dua negara juga mempersetujui matlamat untuk meningkatkan dagangan dua hala kepada US$30 bilion menjelang 2018 yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menyara keluarga di Malaysia serta Thailand.
Datuk Seri Najib berkata sebagai penandatanganan bersama Deklarasi Bangkok yang mengasaskan ASEAN, kedua-dua negara merupakan penggerak utama di sebalik integrasi ekonomi yang lebih hebat di seluruh rantau ini yang akan membawa faedah besar kepada rakyat kedua-dua negara.
Malaysia, kata beliau, mahu memperkukuhkan hubungan dan perkongsian dengan Thailand supaya kedua-dua negara bukan sahaja dapat meraikan sejarah dan persahabatan yang telah lama terjalin tetapi terus melaksanakan peranan sebagai peneraju dalam ASEAN dan melampauinya.
"Stabil. Selamat. Makmur. Saya percaya ini adalah masa depan bagi Negara kita dan dengan kerajaan yang sepakat dan cekal, saya yakin ini adalah masa depan yang akan kita bina bagi rakyat kita," kata beliau.
Bernama
Fri Sep 09 2016
Datuk Seri Najib (kiri) berkata era kuasa lama memaksa negara membangun untuk mengikut telunjuk mereka sudah berakhir.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".
Dakwaan Bloomberg: PDRM sudah ambil tindakan siasat individu terkait - Anwar
PDRM telah mengambil tindakan termasuk memanggil wakil Bloomberg, berhubung dakwaaan campur tangan PM dalam siasatan SPRM.
Menteri Luar Nigeria beri amaran campur tangan asing dalam protes kos sara hidup
Tuggar minta sokongan kolaboratif komuniti antarabangsa dalam menangani cabaran ekonomi dan memastikan kehidupan lebih baik untuk rakyatnya.
Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry
Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Tiada laporan polis setakat ini dakwaan wujud ugutan, tawaran habuan sokong PM - Fahmi
Meskipun terdapat dakwaan kononnya ada pihak diugut dan ditawarkan habuan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar, namun setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.
Kerajaan tidak campur tangan penetapan harga tiket MAS - Loke
Ini kerana perkara itu adalah keputusan syarikat penerbangan itu berdasarkan pelbagai pertimbangan untuk mengenakan harganya.
Orang politik jangan campur tangan perolehan aset tentera - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ahli politik tidak perlu campur tangan dalam urusan perolehan aset ketenteraan negara.
'Persepsi masyarakat lihat PM campur tangan' - Tuan Ibrahim
Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat campur tangan terhadap pertuduhan mahkamah melibatkan tokoh-tokoh politik ternama hanyalah persepsi masyarakat.
PBB sambut baik perjanjian Arab Saudi-Iran sambung semula hubungan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan perjanjian Arab Saudi-Iran untuk menyambung semula hubungan diplomatik selain memuji peranan yang dimainkan China dalam proses itu.
Jepun sedia campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang
Jepun bersedia untuk campur tangan sekali lagi dalam pasaran mata wang jika perlu dan terus memantau pasaran dengan lebih teliti, lapor Xinhua.