awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Melaka, jangan bimbang! PKPD Melaka adalah berita palsu - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
20/10/2020
12:35 MYT
Orang Melaka, jangan bimbang! PKPD Melaka adalah berita palsu - Ismail Sabri
Ismail Sabri mengesahkan berita yang tular bahawa Melaka dikenakan PKPD adalah berita palsu.
KUALA LUMPUR:Rakyat di negeri Melaka diminta supaya jangan bimbang kerana berita tular bahawa Melaka telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah palsu.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya terdapat dua jurucakap kerajaan yang boleh membuat pengumuman berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan jangkitan COVID-19.
“Kalau sesiapa ikuti sidang media yang saya buat hari-hari, tidak pernah saya sebut bahawa Melaka diletakkan di bawah PKPD.
“Saya akan buat pengumuman mengenai non-health (bukan kesihatan) dan Ketua Pengarah Kesihatan akan umum setiap hari membabitkan kesihatan.
“Selagi tiada pengumuman daripada saya atau Ketua Pengarah Kesihatan, maka semua berita adalah palsu,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan PKPP.
BACA: Melaka nafi laksana kawalan rentas negeri
Beliau berkata, tiada keperluan untuk mengisytiharkan PKPD di Melaka kerana semua kawasan masih dilabelkan sebagai zon kuning.
“Kalau kami lihat di Melaka, semua tempat masih lagi kuning.
“Walaupun kuning, masih jauh dengan merah iaitu 40 kes. Yang ada di Melaka berbelas-belas (kes) yang paling tinggi. Dua daerah masih lagi bawah sepuluh (kes).
“Jadi, tiada keperluan pengisytiharaan (PKPD) tersebut,” katanya.
Beliau juga menasihati orang ramai supaya memeriksa kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.
“Penyebar berita (palsu) juga boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia) ataupun SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Melaka
#PKPD
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#berita palsu
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPB
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan