awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka nafi laksana kawalan rentas negeri

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/10/2020
09:04 MYT
Melaka nafi laksana kawalan rentas negeri
Terdahulu, tular satu kandungan mesej di laman sosial kononnya laporan berita mengenai kerajaan negeri akan melaksanakan kawalan rentas negeri bermula 19 Oktober sehingga 4 November depan. -Media sosial
AYER KEROH:Kerajaan negeri Melaka menafikan bakal melaksanakan sekatan rentas negeri bermula tengah malam ini, seperti ditularkan dalam media sosial.
Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan seperti yang didakwa.
“Ingin ditegaskan bahawa kandungan berita itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali yang mana Ketua Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang ditularkan.
“Dalam keadaan semasa pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan di seluruh negara termasuk di Melaka dengan peningkatan kes jangkitan positif setiap hari, orang ramai dinasihat supaya tidak menyiarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan, kebimbangan dan kekeliruan,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, tular satu kandungan mesej di laman sosial kononnya laporan berita mengenai kerajaan negeri akan melaksanakan kawalan rentas negeri bermula 19 Oktober sehingga 4 November depan.
Sementara itu, kenyataan itu turut mengingatkan orang ramai supaya merujuk sumber boleh dipercayai mengenai perkembangan situasi semasa.
“Untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan perkembangan dan situasi semasa pandemik COVID-19 khususnya di Melaka, orang ramai diminta merujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Melaka atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri,” katanya.
Topic Berkaitan
#Melaka
#rentas negeri
#Ketua Menteri
#Sulaiman Md Ali
#nafi
#kawalan rentas negeri
#COVID-19
#Tular
#mesej tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan