awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Orang Melayu sendiri kurang sokong peniaga Melayu'

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2019
00:54 MYT
'Orang Melayu sendiri kurang sokong peniaga Melayu'
AHMED RAZMAN: Kerajaan perlu main peranan menyediakan 'payung' kepada peniaga Bumiputera kerana kita adalah majoriti. - Foto Sinar Harian
Peniaga Melayu diakui masih tidak mendapat sokongan sepatutnya daripada komuniti sendiri berbanding yang diperoleh peniaga kaum lain.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, perkara itu sudah berlaku ketika kerajaan terdahulu sehingga kini.
"Jika kita lihat bagaimana (kaum lain) yang berjaya, mereka mempunyai jaringan yang kukuh dari segi semangat kekeluargaan, kampung halaman dan komuniti yang membolehkan mereka lebih kukuh dan bersatu daripada kita. Ini kerana kita terlalu banyak berpecah.
"Oleh itu kerajaan perlu main peranan menyediakan 'payung' kepada peniaga Bumiputera kerana kita adalah majoriti.
"Jika majoriti ini tidak dijaga, maka memang ia akan jadi masalah yang besar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar Harian Siri ke-125 bertajuk 'Di Mana Bisnes Melayu Dalam Era Pakatan Harapan (PH)' di Dewan Karangkraf, di sini, pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ahmed Razman berkata, adalah tidak adil untuk melakukan perbandingan mengenai bisnes Melayu ketika kerajaan dahulu dan sekarang disebabkan kerajaan PH baru setahun mentadbir di samping masalah yang berlaku adalah masalah lama.
"Justeru, isu sekarang, bagaimana kita boleh membantu peniaga Bumiputera tidak kira dalam era manapun.
"Sekiranya ini tidak diatasi, kalau kerajaan bertukar pun masalah ini tidak akan selesai," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Ahmed Razman Abdul Latiff
#bisnes Melayu
#Bumiputera
#kerajaan
#komuniti
#majoriti
#Melayu
#Pakatan Harapan
#payung
#peniaga
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan