KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa menyertai acara perarakan perpaduan pada 24 Feb ini sempena program Unity Parade Kuala Lumpur 2024.
Acara perarakan itu akan bermula pada 5 petang di Dataran Merdeka membabitkan lima hentian utama iaitu Pasar Seni, pusat beli-belah komuniti kreatif GMBB, Jalan Alor, pusat beli-belah Lot 10 serta Berjaya Times Square dan berakhir di Lalaport BBCC.
Perarakan itu adalah antara pengisian program Unity Parade Kuala Lumpur 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula 24 Feb, anjuran Unity Parade dan Kuala Lumpur Society dengan kerjasama rakan strategik Kementerian Perpaduan Negara, Kuala Lumpur Prosperity Walk dan World Dragon and Lion Dance Extravaganza.
Pengarah projek itu Norrizan Abd Majid berkata acara itu akan menampilkan pelbagai kumpulan agama, etnik, kebudayaan, kesenian dan muzik dengan berarak di sepanjang laluan sejauh 3.6 kilometer di ibu kota.
"Acara ini tercetus selepas melihat kejayaan sebuah komuniti tempatan menganjurkan Kuala Lumpur Prosperity Walk bagi meraikan sambutan Chap Goh Mei pada 2022 dan 2023.
"Perarakan ini akan menampilkan pelbagai keunikan elemen seni dan budaya masing-masing seperti persembahan kebudayaan, aktiviti dan pakaian tradisional serta kenderaan berhias," katanya pada sidang media acara tersebut, semalam.
Norrizan berkata acara itu dibuat sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan rakyat Malaysia turut memainkan peranan ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan serta semangat bersatu padu.
"Acara ini bukan sahaja dapat memupuk dan mengukuhkan semangat perpaduan, membentuk identiti nasional, membina rakyat yang patriotik dan demokratik tetapi juga boleh mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat setempat.
"... bahkan penyertaan aktif daripada pelbagai kaum ini juga sudah pasti akan membawa kepada masyarakat yang lebih bersemangat dan harmoni," katanya.
Beliau berharap Unity Parade Kuala Lumpur 2024 yang akan menampilkan lebih 10 aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan antaranya Unity Parade Kuala Lumpur Photo Competition dan Unity Parade Village sepanjang dua hari program itu akan dijadikan acara tahunan bagi mempromosi sektor pelancongan di ibu kota.
Bagi mereka yang berminat mengenai acara yang akan dijalankan atau ingin menyertai acara perarakan itu boleh mendaftar secara percuma di laman sesawang rasmi di unityparade.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Menurut Norrizan, program Unity Parade Kuala Lumpur 2024 yang menampilkan lebih 10 aktiviti kebudayaan dan kemasyarakatan diharap akan dijadikan acara tahunan bagi mempromosi sektor pelancongan di ibu kota. - Foto Facebook Unity Parade 2024
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Sekurang-kurangnya 15 maut di Sulawesi
Sekurang-kurangnya 15 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah Sulawesi Selatan.
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Orang ramai dipelawa sertai perarakan perpaduan di ibu kota
Perarakan itu adalah antara pengisian program Unity Parade Kuala Lumpur 2024 yang berlangsung selama dua hari bermula 24 Feb.