KUALA TERENGGANU: Kaedah pertanian bandar atau kebun komuniti (Kebuniti) merupakan inisiatif wajar diaplikasikan oleh orang ramai dalam usaha mengatasi masalah kenaikan harga sayur yang sedang berlaku di seluruh negara.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Azman Ibrahim, dengan teknologi masa kini penanaman sayur-sayuran hijau atau tanaman kontan boleh dilakukan pada skala kecil tanpa memerlukan kawasan yang luas.
Menurut Azman, langkah itu bukan sekadar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan dari luar malah turut membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
"Bila kita berkebun sendiri, kalau tak tak dijual pun, kita boleh guna untuk keperluan keluarga dan kita boleh yakin bahawa hasil kita selamat, bersih daripada kesan racun dan sebagainya.
"Dalam masa yang sama boleh membantu mengurangkan kos kehidupan seharian selain mengindah, mencantikkan persekitaran kita dengan tanaman-tanaman," kata Azman.
Jelasnya, Jabatan Pertanian turut menawarkan khidmat nasihat bagi mereka yang berminat tetapi tidak mempunyai kepakaran.
"Kalau perlukan bantuan teknikal, memang Jabatan Pertanian sentiasa bersedia. Malah kita bagi peralatan untuk kebuniti daripada peruntukan kerajaan negeri, untuk kebuniti atau pertanian bandar.
"Kalau untuk komuniti kita bagi RM5,000 satu komuniti; untuk individu kita bagi RM500 untuk buat," kata Azman lagi.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar tanah-tanah terbiar di Terengganu dimanfaatkan untuk pertanian dan hasilnya dijual di pasaran tempatan.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Sun Jun 05 2022

Kaedah pertanian bandar atau kebun komuniti (Kebuniti) merupakan inisiatif wajar diaplikasikan oleh orang ramai dalam usaha mengatasi masalah kenaikan harga sayur yang sedang berlaku di seluruh negara. -Gambar hiasan
Subsidi perjalanan laut Labuan, Sabah dan Sarawak diteruskan
Kerajaan Persekutuan kekal komited menyalurkan subsidi tahunan sebanyak RM7 juta bagi pengguna pengangkutan laut yang berulang-alik antara Labuan, Sabah dan Sarawak pada 2024.
PETROSNiaga: Tubuh pasukan khas pantau isu berkaitan pengedaran LPG
Pengguna gas LPG 14kg diminta melaporekan kepada pihak PETROSNiaga sekiranya terdapat pen iaga yang mengenakan bayaran tambahan bagi penukaran silinder Petros LPG.
PETROSNiaga: Lebih 700,000 tong gas LPG dikeluarkan sebulan
PETROSNiaga berkapasiti mengeluarkan lebih 700 ribu tong gas petroleum cecair (LPG) sebulan dan mampu menampung penggunaan domestik seluruh sarawak bagi bekalas gas bersubsidi.

Bunuh: Doktor, dua lelaki diarah bela diri, seorang dibebaskan
Mahkamah Tinggi memerintahkan tiga lelaki termasuk seorang doktor untuk membela diri atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing pada 2019.

Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

Bakal kahwini Tiko, Bunga Citra Lestari tukar gelaran IG, tiada lagi nama Sinclair
Bunga atau BCL akan menikah kali kedua dengan kekasihnya, Tiko Aryawardhana, pada 2 Disember 2023 di Bali.

Pengedar dadah lari tinggalkan isteri, rakan, ganja RM200,000
Polis menahan dua suspek bersama dadah jenis ganja seberat 74 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM229,400 di Kuala Krai, semalam.

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.
Niaga AWANI: Pemeteraian perjanjian antara pengendali rangkaian dengan DNB
Kita bersama Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, penganalisis keselamatan dan politik, pusat pengajian perang saraf media dan informasi UiTM bagi perincian.
Tahap penerimagunaan 5G capai 10.3 peratus setakat hujung Oktober
KKD akan terus memantau pelaksanaan rangkaian 5G supaya tidak akan masalah yang berbangkit.

Orang ramai disaran ceburi kaedah pertanian bandar Kebuniti, bantuan disediakan
Langkah itu bukan sekadar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan dari luar malah turut membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Dana RM63.32 juta untuk Program Kebuniti
Sejumlah RM28.82 juta telah diperuntukkan bagi program tersebut bermula sejak 2014 hingga 2020.