Kerajaan diminta mempertimbang semula keputusan membatalkan projek Laluan 3 Transit Aliran Massa (MRT3) kerana ia merupakan projek yang memberi manfaat kepada rakyat, kata pelbagai pihak.
Shalida Abu Hasan, 40 tahun, seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta, berpendapat MRT3 perlu diteruskan memandangkan perkhidmatannya sangat diperlukan bagi memudahkan pergerakan orang awam di Lembah Klang.
"Tetapi jika kewangan negara masih belum berada dalam keadaan stabil, lebih baik jika ditangguhkan buat sementara waktu. Saya sebagai pengguna harian MRT merasakan ia memang menyenangkan saya untuk ke mana-mana khususnya ke kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan membatalkan projek tersebut atas faktor kos projek amat tinggi, dilaporkan akan memakan belanja hingga RM40 bilion.
BACA: Projek MRT3 tidak akan diteruskan - PM
Pegawai bank, Tan Chee Hoon, 40, yang berkongsi pandangan sama berkata beliau memahami keputusan kerajaan membatalkan projek pengangkutan awam itu, namun berharap ia dapat dipertimbangkan semula demi keperluan rakyat.
"Status kewangan negara kita masih belum mampu untuk jalankan projek besar seperti MRT3 dan kita perlu biarkan kerajaan fokus selesaikan segala hutang dahulu," katanya.
Yusof Muhammad, 53, juga tidak bersetuju jika projek itu terus dibatalkan tanpa kajian terperinci dilakukan.
Beliau berpendapat kerajaan perlu menangguhkan projek itu dahulu dan menjalankan kajian terhadap jumlah penumpang bagi MRT1 dan MRT2, sama ada projek tersebut menepati matlamat atau tidak.
"Jika kedua-dua jenis laluan MRT ini menepati sasaran jumlah penumpang, barulah boleh dikaji semula kesesuaian pelaksanaan MRT3 tapi untuk membatalkannya, saya tidak setuju kerana ia benar-benar membantu rakyat untuk ke mana-mana tanpa perlu memandu kenderaan sendiri," katanya.
Sementara itu, bagi pengurus acara Tan Zhen Sheng, 23, pula walaupun beliau belum melihat sisi kebaikan dan keburukan pelaksanaan projek MRT3, namun yakin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai sebab yang kukuh untuk membatalkan projek berkenaan.
"Jika ia dibatalkan, mungkin alternatif lain boleh diambil seperti mengurangkan harga tambang pengangkutan awam dan meningkatkan lagi ketepatan masa perkhidmatan awam sedia ada, sama ada bas mahupun tren," katanya.
Projek MRT3 yang berjarak 40 kilometer dilaporkan akan mempunyai 26 stesen dengan 19 laluan bawah tanah dijadualkan pembinaannya pada 2019, serta dijangka siap pada 2025. -- Bernama
Bernama
Fri Jun 01 2018
KEMUDAHAN RAKYAT: Masyarakat di sekitar ibu kota menaiki tren MRT di Stesen Semantan pada 3 Jan lalu. - BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
KPT bantu urus bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Zambry berkata pihaknya sedang mendapatkan maklum balas dan maklumat lengkap berhubung pelajar terlibat daripada Kementerian Luar (Wisma Putra).
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.