awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura

Bernama
Bernama
17/03/2024
12:59 MYT
Orang ramai nikmati hari Ahad bebas kereta yang kembali hari ini di Singapura
Pelbagai permainan dan aktiviti juga berlangsung semasa acara itu seperti "korfball'' dan senaman "piloxing" secara beramai-ramai. - FB Bukit Gombak Hillview Connections Neighborhood Committee
SINGAPURA: Ramai orang turun ke jalan raya hari ini berikutan beberapa jalan di sepanjang Daerah Sivik Singapura dan Daerah Pusat Perniagaan (CBD) ditutup kepada lalu lintas untuk Hari Ahad Bebas Kereta, yang kembali dilaksanakan selepas empat tahun dihentikan.
Orang ramai mengambil peluang ini untuk memenuhi jalan di kawasan yang ditetapkan termasuk Jalan St Andrew dan Esplanade Drive dengan pelbagai kaedah - berjalan kaki, berbasikal," kick-scooter", "roller-blade" dan banyak lagi - sebaik sahaja acara itu bermula pada 8 pagi Ahad.
Arkitek, Sze Chong, 64, berkata beliau berbasikal lebih daripada 12 kilometer (km) dari rumahnya di Pasir Panjang untuk menyertai acara hari ini dan menikmati kebebasan di jalan raya tanpa kehadiran kenderaan yang lebih besar.
"Saya biasa menyertai (Hari Ahad Bebas Kereta) pada 2019 sebelum mereka menghentikannya kerana pandemik, jadi sekarang mereka memulakannya kembali. Bagus untuk membuka kawasan bandar raya ini bagi keluarga dan semua golongan dan juga terdapat banyak program
"Saya harap acara ini boleh menjadi lebih besar. Sekarang ia hanya kira-kira 4.5 km untuk satu pusingan," katanya kepada Bernama sambil berharap Hari Ahad Bebas Kereta akan diadakan lebih kerap pada masa akan datang.
Sementara itu, Amy, 50 yang datang bersama suami dan anak perempuannya berumur 11 tahun untuk meluangkan masa bersama keluarga berkata beliau berharap acara ini dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.
Ia adalah satu idea yang bagus kerana kami jarang berpeluang untuk berjalan di atas jalan ini, hari ini kami dapat berbasikal, meluncur dan terdapat banyak reruai untuk bersuka ria dan aktiviti untuk disertai keluarga.
Program anjuran Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) menggalakkan pengurangan penggunaan kereta di negara ini dan mewujudkan kesedaran awam terhadap manfaat berjalan kaki, berbasikal dan menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah perjalanan yang mampan.
Ia juga menggalakkan pejalan kaki dan pengguna peralatan bergerak aktif untuk mengguna pakai etika berkongsi ruang dengan selamat dan harmoni.
Pelbagai permainan dan aktiviti juga berlangsung semasa acara itu seperti "korfball'' dan senaman "piloxing" secara beramai-ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#ahad bebas kereta
#riadah
#berbasikal
#CBD
#car free day
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan