Orang ramai mampu mengelak daripada menjadi mangsa kes jenayah ragut sekiranya lebih peka dengan keadaan sekeliling serta mengambil langkah keselamatan seperti tidak mempamerkan barang kemas secara berlebihan.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata antara kesilapan yang kerap dilakukan mangsa ragut ialah mereka terlalu leka dengan telefon bimbit atau seronok berbual dengan rakan sehingga menjadi sasaran mudah peragut.
"Pastikan berjalan melawan arus sekiranya boleh, elakkan berjalan kaki berseorangan dan tidak menggunakan jalan yang sunyi atau terlalu dekat di tepi jalan raya yang boleh mendedahkan risiko diragut...perkara kecil tetapi sering diambil mudah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim semalam yang berkata, jenayah ragut di ibu negara menunjukkan peningkatan dengan 368 kes dilaporkan sejak awal tahun ini hingga 9 Mei lepas berbanding 234 kes bagi tempoh sama pada 2016.
Musa yang juga Anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkata, selain Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta, Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran menempatkan lebih ramai anggotanya di kawasan ''panas'' menerusi rondaan berjalan kaki kerana pendekatan itu lebih berkesan.
"Pendekatan paling sesuai ialah meletakkan anggota polis berpakaian biasa (tidak memakai pakaian seragam) dan melakukan penyamaran di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kes ragut. Tindakan preemtif perlu dilakukan dan bukannya menunggu kejadian jenayah berlaku, baru bertindak," katanya.
Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata, Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) mendapati lebih 87 peratus daripada mereka yang ditahan kerana kes curi ragut adalah rakyat Malaysia manakala kurang daripada13 peratus adalah warga asing.
"Sejumlah 83 peratus dilakukan penunggang motosikal manakala 50 peratus daripada mereka merupakan penagih dadah tegar.
"Kerajaan perlu mencari punca sebenar berlakunya kes ragut ini kerana sudah pasti ia bukan kerjaya pilihan mereka tetapi atas faktor kewangan dan dadah," kata Akhbar.
Menurutnya kementerian pendidikan juga perlu memberi pendidikan awal kepada pelajar mengenai jenayah ragut ini kerana profil seorang peragut didapati berasal daripada latar belakang pendidikan dan hubungan keluarga yang tidak begitu baik.
"Kebiasaannya pelajar yang bermasalah dan merosot dalam pelajaran ketika di sekolah akan terlibat dalam kegiatan jenayah kerana mengikut rakan sebaya atau atas desakan hidup dan tiada pilihan," katanya.
Akhbar berkata peningkatan kes ragut antaranya berpunca daripada meningkatnya pelajar yang gagal menamatkan persekolahan di peringkat menengah dengan prestasi baik dan pengangguran sehingga pelaku jenayah memilih jalan mudah untuk menampung keperluan hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2017

Gambar fail: Sejumlah 83 peratus dilakukan penunggang motosikal manakala 50 peratus daripada mereka merupakan penagih dadah tegar.

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews

Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.

Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.

Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.

Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.

Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.

Detik cemas wanita diragut dua kali selang beberapa saat
Dalam kejadian pada 28 Mei lalu, mangsa Ban Muy Heang sedang melintas jalan bersama rakannya di Phnom Penh, Kemboja.

Degil, pekakkan telinga punca jenayah samun berulang
Kes samun pecah cermin kereta bukanlah suatu perkara baru di negara ini memandangkan kes seperti ini semakin meningkat setiap tahun walaupun peratusannya kecil berbanding jenayah lain.

Mangsa ragut: Kita boleh elak musibah
Walaupun kejadian itu sudah berlaku dua tahun lepas, namun bagi Siti Nor Ain Abdullah, 27, kejadian diragut di lampu isyarat masih lagi segar diingatannya.