Tokoh kesusasteraan dan kewartawanan George Orwell pernah dengan lantang mengatakan "Kebebasan Media, jika ia bererti apa-apa, ialah kebebasan untuk mengkritik dan menentang."
Penulis novel berhantu '1984' itu amat kental menentang apa yang dilihat sebagai usaha pembodohan masyarakat sepanjang hayatnya.
Lahir dalam keluarga kelas menengah di England, beliau menimba pengalaman sebagai polis di Asia Tenggara sebelum hidup bersama gelandangan di kota Paris dan London sebelum menulis buku 'Down and Out in Paris' (dan kemudiannya 'Down and Out in London') karya kewartawananannya berdasarkan pemerhatian kehidupan beliau.
Orwell dengan lantang menentang keseluruhan sistem yang menganaktirikan kebajikan sosial rakyat yang rata-rata menjadi tabiat kerajaan dan orang-orang kaya di Eropah ketika itu.
Menurut Orwell lagi, media, sebagai suara penyampai kepada pihak pentadbir wajib memainkan peranan menyampaikan suara-suara 'tidak enak' kepada orang awam; satu kesinambungan kepada kebebasan untuk berfikir dan bersuara yang wajib ada kepada setiap umat manusia.
Satu lagi karya agung beliau adalah 'Animal Farm' yang mengisahkan sekumpulan babi merampas kuasa di sebuah ladang, sebagai alegori pemimpin masyarakat yang tidak lagi mengendahkan 'suara kurang enak' dan kritikan rakyat.
Kebebasan media acapkali dibahas dan diperkatakan di negara dan rantau ini. Malah media, khususnya majalah, makalah dan suratkhabar memainkan peranan amat penting sebagai suara tentangan pasca Perang Dunia Kedua yang menyahkan cengkaman kuasa imperialis dari rantau Asia Tenggara Khususnya Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Tanpa Utusan, Berita Harian, Straits Times dan lain-lain akhbar yang diusahakan oleh pejuang dan pemikir bangsa dan negara dulu, amat sukar bagi rakyat Malaya (dan Malaysia) bersuara bagi menentang penjajahan kuasa imperialis serta elemen komunis Mao Zhe Dong satu ketika dulu.
Kini, seiring dengan aliran zaman, media berkembang dari cetakan kepada alam maya dan sudah menjadi norma kepada kehidupan masyarakat bukan saja di Malaysia tapi di seluruh dunia.
Walaupun masih dianggap sebagai media terpencil (secara rasmi) oleh kerajaan, peranan media maya sudah mengambil alih media cetak.
Buktinya semua media cetak tradisional seperti Utusan, Berita Harian dan lain-lain turut mempunyai versi 'online' bagi menjangkau pembaca-pembaca yang tidak lagi biasa membelek helaian-helaian kertas.
Tugas sama masih digalas media sebegini, untuk menyampaikan 'suara' dari golongan yang tidak dipeduli pihak berkuasa, terutamanya dalam keadaan pihak tertentu masih menganggap media hanya patut menyampaikan 'berita baik' kepada masyarakat awam.
Namun tahun demi tahun, dengan bilangan pembaca dan mereka yang bergantung kepada media sebegini makin bertambah, menyebabkan sukar untuk melenyapkan siaran daripada media alam maya yang begitu senang menembusi masyarakat pelbagai lapisan negara ini.
Memang ada kritikan, sama ada patut atau tidak, media yang dianggap tidak berpihak ini wajib dipertahankan.
Dengan hampir semua media konvensional menjadi suara kepada satu pihak sahaja, ditambah kekangan pelbagai akta serta sekatan untuk mewakili suara-suara kritikan dan penentangan, kehadiran media sebegini bukan sahaja perlu, tetapi wajib bagi menjamin kebebasan berfikir dan bersuara sesebuah negara.
Bagaimanapun, harus diingat, tiada apa yang sempurna di dunia ini. Media yang mengaku tidak berpihak juga harus dikritik dan dipersoal dalam masyarakat yang berfikir secara sihat.
Atas kenyataan itu, tindakan Pemimpin UMNO Jamal Mohamed Yunos atau sesiapapun untuk berdemo di hadapan Malaysiakini patut disokong oleh rakyat dan semua pihak yang rasional di negara ini.
BACA: Dakwaan dibiaya Soros: Gerakan Baju Merah tuntut Malaysiakini ditutup
Ini kerana media bertanggungjawab patut dan wajib berada di tengah-tengah gelora pemikiran masyarakat terutamanya di kala Malaysia meniti perubahan dalam dunia pasca Barack Obama dan Mahathir Mohamad ini.
Walau demikian sebagai pemimpin rasional dan mampu berfikir, Jamal seharusnya meluahkan hujah rasional dan bukannya tuduhan melulu serta membabi buta.
Jika tidak, ia hanyalah membuktikan betapa Orwell, dengan kisah sekumpulan babi yang membuat onar di ladang Encik Jones bukan lagi alegori Soviet, tetapi sebuah negara kecil yang kononnya memperjuangkan demokrasi di rantau Asia Tenggara.
* Radzi Razak ialah seorang wartawan dan penulis.
**Artikel di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Radzi Razak
Fri Nov 04 2016
Media berkembang dari cetakan kepada alam maya dan sudah menjadi norma kepada kehidupan masyarakat bukan saja di Malaysia tapi di seluruh dunia. - AFP/Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Wujud trend sekat kebebasan bersuara dalam kalangan negara di Asia Tenggara - Penganalisis
Ini pemerhatian yang dibuat Penyelaras Projek Asia Tenggara Persekutuan Antarabangsa Wartawan Asia Pasifik Ratna Ariyanti berhubung keadaan kebebasan media di beberapa negara di kawasan ini.