awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang rayu Kerajaan Persekutuan pertimbang semula SOP Thaipusam

Bernama
Bernama
14/01/2022
07:58 MYT
P. Pinang rayu Kerajaan Persekutuan pertimbang semula SOP Thaipusam
P RAMASAMY: Sama ada rayuan diterima atau tidak, kita akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan... cuma kita berharap ada kelonggaran untuk perayaan ini. - Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang merayu supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk perayaan Thaipusam.
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) Prof P. Ramasamy berkata, rayuan rasmi yang akan dihantar hari ini secara khusus meminta beberapa kelonggaran untuk sambutan Thaipusam di Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam (Kuil Hilltop).
"Sama ada rayuan diterima atau tidak, kita akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan... cuma kita berharap ada kelonggaran untuk perayaan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersama Pengerusi Kuil Hilltop, Datuk R. Subramaniam di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini hari ini.
Subramaniam berkata empat rayuan yang dikemukakan adalah rayuan supaya had masa operasi kuil dilanjutkan, had umur yang dibenarkan untuk menghadiri kuil dibenarkan kepada semua individu lengkap vaksin, kapasiti kehadiran penganut di kuil dinaikkan kepada 3,000 orang dan kapasiti individu semasa iringan pedati dibenarkan kepada 500 orang.
Beliau berharap permohonan yang disenarai itu akan diberi pertimbangan yang wajar oleh pihak MKN dan KPN.
Rabu lepas, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengumumkan upacara 'paal koodam', aktiviti sembahyang serta perjalanan pedati, dibenarkan tanpa melibatkan acara 'kavadi' bagi perayaan Thaipusam kali ini.
Menurutnya kesemua senarai SOP sambutan Thaipusam dibuat berdasarkan cadangan pihak pengurusan kuil serta penilaian risiko kesihatan dan pencegahan penularan COVID-19, termasuk ancaman varian Omicron.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#SOP
#Thaipusam
#P Ramasamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan