NATIONAL
PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang

Mas Ermieyati berkata, PAC telah mengadakan empat prosiding antara Julai dan Oktober tahun ini selain mengadakan lawatan kerja ke Sandakan dan Tawau, Sabah pada 29 Okt dan 1 Nov lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan prosiding berhubung isu lanjutan masa (EOT) sebanyak 10 kali hingga mengakibatkan projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bayan Baru, Pulau Pinang (Fasa 2) lewat lebih enam tahun.
Ringkasan AI
- Prosiding PAC mengenai Projek Loji Rawatan Kumbahan: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan prosiding berhubung kelewatan projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bayan Baru, Pulau Pinang, yang lewat lebih enam tahun akibat 10 lanjutan masa.
- Lawatan Kerja PAC ke Projek: PAC telah mengadakan lawatan kerja ke projek berharga lebih RM256 juta itu untuk meninjau masalah yang menyebabkan kelewatan dan perkhidmatan yang tidak dapat disediakan kepada rakyat.
- Prosiding dan Lawatan Kerja Lain: Selain itu, PAC juga mengadakan prosiding dan lawatan kerja ke projek-projek bekalan air di Sandakan dan Tawau untuk menilai kemajuan dan masalah dalam projek tersebut.
Beliau berkata 11 ahli PAC menyertai lawatan kerja itu bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA Datuk Mohd Rozuan Mohd Baba Sakri, Ketua Pengarah JPP Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan Indah Water Konsortium (IWK) Mohd Taufik Salleh dan pihak kontraktor pembinaan.
Mas Ermieyati turut menjelaskan PAC telah mengadakan empat prosiding antara Julai dan Oktober tahun ini selain mengadakan lawatan kerja ke Sandakan dan Tawau, Sabah pada 29 Okt dan 1 Nov lepas.
Dalam lawatan kerja ke Sandakan dan Tawau itu, beliau berkata PAC telah meninjau projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air Termasuk Tangki Simpanan Sandakan serta projek Skim Bekalan Air Tawau, Fasa 3, Reka Bentuk dan Sistem Pembinaan Empangan Air.
"Prosiding bagi kedua-dua projek ini diadakan di Kota Kinabalu dan saksi yang hadir adalah daripada PETRA serta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami