PAC akan mula prosiding tiga isu baharu - Land Swap, AES, 1BestariNet

Astro Awani
November 18, 2020 03:03 MYT
Wong berkata, selepas prosiding 30 November, PAC akan membuat keputusan sama ada untuk memanggil saksi-saksi lain yang terlibat dalam isu berkenaan land swap itu atau tidak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan prosiding terhadap tiga isu baharu yang dikemukakan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).
Pengerusinya Wong Kah Woh berkata, tiga isu itu ialah pelaksanaan pertukaran tanah (land swap) dari 1995 hingga 2018, pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) dari 2012 hingga 2018 dan Projek Perkhidmatan Sistem 1BestariNet dari 2011 hingga 2019.
Tiga kementerian yang terbabit ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan.
BACA: PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
Menurut Wong, PAC akan memulakan prosiding terhadap isu Land Swap dengan memanggil saksi pertama iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan selaku Pegawai Pengawal Kementerian.
“Beliau akan memberikan keterangan dan penjelasan isu ini pada 30 November 2020.
“Selepas daripada prosiding ini, PAC Parlimen akan membuat keputusan sama ada untuk memanggil saksi-saksi lain yang terlibat dalam isu berkenaan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#PAC #kira-kira wang #Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara #Parlimen #kerajaan #pendidikan #Kementerian Pendidikan #siasatan