Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa saksi untuk memberikan penerangan berhubung kelemahan pelaksanaan fasa pertama Projek Perkhidmatan 1BestariNet yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan membabitkan peruntukan berjumlah RM663 juta.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata antara individu yang akan dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, bekas pegawai pengurusan dari pejabat pengurusan projek itu dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan.
"Ini kerana mereka ialah pegawai yang terlibat sewaktu projek ini mula dilaksanakan pada 2011.
Kemungkinan kami akan panggil mereka bagi (beri) penerangan pada bulan depan," katanya kepada pemberita selepas menpengerusikan mesyuarat PAC penggal kedua di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata dalam mesyuarat hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad telah tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan namun bukan secara terperinci kerana ketika fasa pertama projek itu dilaksanakan Madinah belum lagi menyertai Kementerian Pendidikan.
"Tan Sri Dr Madinah menyertai Kementerian Pendidikan pada 2013 tetapi inisiatif pelaksanaan projek ini pada 2011. Ini tidak adil untuk beliau," katanya.
Nur Jazlan berkata PAC juga akan meminta penjelasan daripada Jabatan Galian dan Tanah berhubung isu berkenaan.
Katanya antara kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan fasa pertama projek itu berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara adalah penyambungan internet ke tapak pengguna yang lewat disiapkan manakala Jawatankuasa Pemandu Projek dan Jawatankuasa Teknikal Projek tidak diwujudkan di peringkat kementerian.
"Kajian keperluan sekolah tidak dijalankan dan maklum balas soal selidik oleh sekolah-sekolah mendapati prestasi capaian jalur lebar tidak memuaskan," katanya.
Beliau berkata projek 1BestariNet dilaksanakan secara tiga fasa dalam tempoh 15 tahun dengan kos RM4.077 bilion.
"Setiap fasa lima tahun ... untuk fasa pertama ini sudah siap dalam tempoh dua tahun setengah, dalam fasa pertama ini pelaksanaan projek 1BestariNet dianggap gagal," katanya.
Nur Jazlan berkata projek 1BestariNet merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan dengan YTL Communications Sdn Bhd bagi mengganti dan menambah baik sistem rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah.
Katanya projek itu melibatkan 10,000 sekolah yang dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi dan akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.
Sementara itu, mengulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Nur Jazlan berkata jawatankuasa akan membantu Jabatan Audit Negara dalam melakukan penyiasatan.
Katanya PAC dijangka berjumpa dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang minggu depan untuk membincangkan skop dan tempoh kerja untuk mencegah sebarang pertindihan siasatan terhadap perkara itu.
"Ini mungkin akan memberi peluang kepada kami untuk memulakan pendengaran lebih awal," katanya.
Bergantung pada skop yang telah ditetapkan lebih awal oleh Ketua Audit Negara, Nur Jazlan berkata ia mungkin, antara lain melibatkan banyak isu dan sakis-saksi antarabangsa yang mungkin akan mengambil masa yang lama.
"Kami faham yang orang awam mahukan jawapan segera, tetapi kami tidak mahu tergesa-gesa dalam perkara ini dan terus membuat rumusan kami, yang pastinya tidak profesional atau tidak disokong dengan keterangan dan bukti kukuh.
"Beliau (Ketua Audit Negara) akan menumpukan pada skop lain, yang memerlukan siasatan dan mungkin kami boleh tumpu pada perkara lain, seperti tadbir urus, bagaimana tadbir urus dalam 1MDB dilaksanakan.
"Isu 1MDB adalah luas, jika Ketua Audit Negara menelitinya dari aspek lebih luas, ia akan mengambil masa lebih lama. Kami mahu berbincang dari segi untuk kami meneliti isu ini dalam skop lebih kecil, yang kami dapat mulakan dahulu," katanya.
Bernama
Tue Mar 17 2015
PAC akan memanggil beberapa saksi untuk memberikan penerangan berhubung kelemahan pelaksanaan fasa pertama Projek Perkhidmatan 1BestariNet. - Gambar Fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Projek 1BestariNet: KPM serah siasatan kepada SPRM
KPM juga sedia beri kerjasama kepada SPRM selain sedang dalam proses memuktamadkan cadangan penyelesaian sebelum dikemukakan kepada Kabinet.
1BestariNet: YTL Power pertimbang saman 'pihak tidak bertanggungjawab'
YTL Communications Sdn Bhd yang terlibat dalam projek itu, akan terus memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan itu.
1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spekulasi - SPRM
SPRM seru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan terhadap perkhidmatan 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 September 2024.
SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.
Siasatan 1BestariNet tiada campur tangan mana-mana pihak - SPRM
Siasatan SPRM terhadap YTL membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet dilakukan berdasarkan maklumat laporan JKSTUPKK.
Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.
SPRM mulakan siasatan projek 1BestariNet
SPRM telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL pada 2011.
Apa dosa Muhyiddin kepada Maszlee? - Ketua Penerangan Armada
Surat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah tersebar menyatakan Maszlee gagal mematuhi arahan Kabinet dalam isu perkhidmatan internet percuma di sekolah.
PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.