KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketara kadar hutang negara yang kini telah mencecah RM979.814 bilion atau 63.4 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, kadar itu merupakan yang terkini berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2021 dan merupakan peningkatan sebanyak RM100 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Berikutan itu, Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, setiap 16 sen daripada RM1 hasil kerajaan terpaksa digunakan hanya untuk membayar faedah hutang.
“PAC bimbang dengan trend peningkatan hutang kerajaan Persekutuan yang terus meningkat, hutang kerajaan pada 2021 berjumlah RM979.814 bilion iaitu 63.4 peratus dari KDNK… (iaitu) meningkat dari 879.560 pada 2020, peningkatan RM100 bilion.
“Peningkatan ini juga menyebabkan liabiliti keseluruhan kerajaan Persekutuan pada 2021 berjumlah RM1.298 trillion atau 84 peratus dari KDNK,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen,di sini, hari ini.
Menurut Kah Woh, biarpun Ketua Audit Negara (KAN), Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid telah mengeluarkan Sijil KAN Tanpa Teguran, namun terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan LKAN, yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian, ujar beliau ialah, penegasan perkara termasuk bayaran balik pinjaman matang menggunakan pinjaman baharu; pengurangan peratusan perbelanjaan pembangunan; peningkatan hutang Persekutuan; dan pengiktirafan berbeza dengan prinsip pengiktirafan hasil asas tunai ubah suai.
Berdasarkan LKAN 2021, kerajaan telah membuat pinjaman kasar berjumlah RM217.201 bilion, meningkat sebanyak 11.6 peratus daripada RM194.55 bilion pada tahun 2020 dan 52.4 peratus atau RM113.764 bilion digunakan untuk bayaran prinsipal pinjaman matang.
Pinjaman kasar yang dipindah ke Kumpulan Wang Pembangunan pula adalah sebanyak RM62.317 bilion bersamaan dengan 28.7 peratus daripada jumlah pinjaman, manakala pindahan ke Kumpulan Wang Covid adalah sebanyak RM38 bilion atau 17.5 peratus.
“Daripada jumlah RM62.317 bilion yang dipinda ke Kumpulan Wang Pembangunan, hanya RM40.994 bilion (65.8 peratus) digunakan untuk tujuan Perbelanjaan Pembangunan berbanding dengan RM37.530 bilion (77.3 peratus).
“Manakala sejumlah RM12.612 bilion (20.2 peratus) digunakan untuk tujuan menanggung Liabiliti PFI dan Komitmen Jaminan, dan RM8.711 bilion (14 peratus) digunakan untuk tujuan Pengelasan Belanja Mengurus Kepada Pembangunan,” katanya lagi.
Sementara itu, Nik Azman dalam sidang media yang sama berkata, pihaknya berasa gusar dengan peningkatan jumlah pinjaman baharu, yang telah meningkat sebanyak RM22.46 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Daripada RM217.201 bilion itu, beliau berkata, sebanyak RM113.764 bilion digunakan untuk membayar pinjaman yang telah matang, manakala hanya RM61.317 bilion telah digunakan untuk pembangunan.
Biarpun memahami sejumlah besar pinjaman tersebut digunakan untuk membiayai aktiviti berkenaan pengurusan impak COVID-19, termasuk imunisasi, Nik Azman berkata, kerajaan perlu mengelakkan ia daripada berterusan.
"Memang kalau kita lihat dari segi angka terdahulu, memang pinjaman selalu dibuat untuk pembangunan terutamanya. Dev ex. Pada tahun in dan tahun lepas, berlaku COVID-19, sebahagian pinjaman untuk biayai aktiviti menangani COVID-19 serta penjanaan kegiatan ekonomi untuk bantu syarikat terjejas. Jadi itu kita faham.
"Cuma yang kita bimbang perkara ini, kenaikan hutang tinggi ini tidak boleh berterusan. Patut jadi langkah jangka pendek sahaja. Langkah bagi kerajaan pada pandangan kita, hendak diambil sebagai langkah sementara, pembetulan supaya perkara ini dapat dikawal, peningkatan hutang dapat dikawal,” katanya lagi
Firdaus Azil
Thu Oct 06 2022

Wong Kah Woh (tengah) bersama Ahli-Ahli Parlimen yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada sidang media di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada Khamis.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Kerajaan dibelenggu hutang legasi termasuk 1MDB - Menteri Kewangan
Tengku Zafrul berkata, kedudukan hutang negara tidak melebihi had hutang statutori 60 peratus kepada KDNK.

Hutang kerajaan Persekutuan naik kepada RM792 bilion pada 2019
Jumlah keseluruhan liabiliti Persekutuan adalah sebanyak RM1,080 bilion bersamaan 71.5 peratus nisbah liabiliti kepada KDNK.

Kejatuhan harga minyak dunia beri kesan kepada semua pihak - Pakar Ekonomi
Kejatuhan harga minyak dunia terus memberi kesan kepada pemain industri tempatan.

Dua tahun sahaja untuk lunas hutang negara - Quebec
Ia akan dilakukan melalui pembayaran AS$7.6 bilion untuk membayar hutang berbanding tempoh lima tahun yang disasarkan kerajaan Liberal sebelum ini.