KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen meminta Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan khas dengan segera terhadap perolehan dan perbelanjaan kerajaan untuk perkhidmatan perubatan ketika negara berhadapan dengan wabak COVID-19.
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.
"Sebagai sebuah Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang mempunyai mandat untuk memeriksa perbelanjaan kerajaan supaya ia mematuhi undang-undang, peraturan kewangan kerajaan yang berkuat kuasa, syarat kontrak dan pembayaran dilaksanakan dengan teratur, PAC tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi.
"Pengauditan khas ini harus disegerakan dengan dapatan dan hasil dibentangkan kepada PAC supaya Jawatankuasa ini dapat mengenal pasti wujud unsur penyelewengan, pemborosan dan penyalahgunaan kuasa dalam perolehan perkhidmatan perubatan ini," katanya.
Beliau berkata dengan pengauditan khas berkenaan, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta kementerian dan agensi terbabit bagi memberikan taklimat dan penjelasan kepada jawatankuasa itu berhubung perkara tersebut.
Bagi tujuan berkenaan, PAC akan menggunakan punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) dan Peraturan Mesyuarat 77(5) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Seksyen III, Perkara 11 (b), Pekeliling Am No. 2 (1982).
Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) menyatakan: Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen kerana memeriksa apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa itu patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diserahkan oleh Majlis kepada Jawatankuasa itu.
Peraturan Mesyuarat 77(5) menyatakan: Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat dan rekod-rekod dan mengeluarkan penyata kepada Majlis dari satu masa ke satu masa.
PAC meminta Jabatan Audit Negara menjalankan audit khas itu susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada Selasa (24 Mei) mengenai siasatan yang sedang dijalankan SPRM terhadap perolehan perkhidmatan perubatan; penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan serta pakej rangsangan yang diberikan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam. - Gambar fail/Twitter/@wongkahwoh

AWANI Ringkas: Calon tertua PRU-14 meninggal dunia

Minyak Masak | Tidak sepatutnya timbul isu bekalan kurang - Zuraida
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menegaskan, tidak sepatutnya timbul isu kekurangan bekalan minyak masak subsidi ketika ini memandangkan kerajaan sudah menyalurkan jumlah bekalan yang mencukupi.

Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak - Ku Li
Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lama.

Pencemaran Laut | Komuniti nelayan diminta salurkan maklumat
Tuan Ibrahim meminta komuniti nelayan merakam video atau gambar dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan pencemaran di laut. Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak terlibat.

Kenaikan Harga | B40 & M40 akui tertekan
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40. Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai.

Pencemaran | 4,111 aduan pencemaran direkod dari Jan-Jun 2022
Sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man daripada jumlah itu lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka.

Cacar monyet: Pesakit ada gejala berbeza daripada wabak sebelum ini - Kajian
Pesakit memberitahu kurang demam dan keletihan dan lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit mereka.

AWANI Ringkas: PH belum muktamad pembahagian kerusi PRU-15
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Laporan asal audit dibentang kepada PAC jika tiada mesyuarat pada 24 Feb - Arul Kanda
Arul Kanda berkata Najib telah memberikan beberapa alasan kenapa beliau perlu menghadiri mesyuarat itu.

PAC gesa audit khas perbelanjaan kerajaan semasa wabak COVID-19
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.

Tanah lapangan terbang: Kesediaan Faizal disiasat SPRM tidak selesai isu - Aziz Bari
Abdul Aziz mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan.

Isu MySejahtera: PAC akan bentang laporan di Dewan Rakyat pada Julai ini
PAC akan membentangkan laporannya berhubung prosiding Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di Dewan Rakyat pada minggu pertama persidangan Parlimen, Julai ini.

"Tiada apa yang disembunyikan" - Khairy sedia 'menghadap' PAC 14 April
Khairy tiada masalah untuk beri keterangan pada PAC selepas berbuat demikian di Dewan Negara pada 31 Mac lalu.

Kerajaan perlu perjelas sebab jual MySejahtera kepada syarikat swasta
Anwar berkata, kerajaan juga perlu menjawab persoalan mengapa penjualan aplikasi itu tidak dibuat melalui tender terbuka atas dasar ketelusan.

Tubuh jawatankuasa khas siasat isu Azam Baki - Pengerusi PAC
Jawatankuasa itu perlu menyiasat isu berhubung pegangan saham milik Azam dan membentangkan laporan siasatan kepada Parlimen.

Mesyuarat Khas Parlimen bincang isu Azam baki tidak wajar dipersulitkan - Anwar
Anwar berkata, mesyuarat itu penting dalam memastikan Azam mendapat ruang yang secukupnya bagi memberi penjelasan dan membuat pembelaan.

Sistem uCustoms gagal siap: PAC panggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan, KP Kastam
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya akan mengadakan prosiding selama dua hari berhubung projek tersebut pada 10 dan 18 Nov ini.

Isu kapal peronda: Ahmad Zahid beri keterangan kepada PAC
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menjawat jawatan Menteri Pertahanan dari 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013, telah memberikan penjelasan hampir dua jam berhubung isu itu.