awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati

Bernama
Bernama
01/02/2025
01:00 MYT
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Prosiding lima isu baharu merangkumi pembangunan tanah Kuala Lumpur di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Mas Ermieyati. - Gambar fail Bernama
MELAKA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata, ia membabitkan isu pembangunan tanah Kuala Lumpur di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Selain itu, cadangan perolehan kereta api elektrik (EMU) secara pajakan di bawah Kementerian Pengangkutan, Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
"Ia juga membabitkan pengurusan lapangan terbang awam di bawah Kementerian Kewangan, Malaysia Airports Berhad (MAHB), Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.
Mas Ermieyati yang juga Ketua Srikandi Bersatu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Khidmat Srikandi Bersatu Melaka di Taman Tambak Harmoni, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, prosiding lain termasuk pelaburan domestik Khazanah Nasional di bawah Kementerian Kewangan dan Khazanah Nasional.
Beliau berkata, prosiding juga akan menyentuh mengenai peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam di bawah Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Mas Ermieyati berkata, bagi prosiding pengurusan lapangan terbang awam, PAC menyediakan terma rujukan untuk ahli PAC dengan prosiding akan menjurus kepada semua isu, bukan sahaja membabitkan penyahsenaraian MAHB daripada Bursa Saham malah harga tiket tinggi dan kelewatan pemasangan aerotrain.
"Pada tahun ini, PAC menyasar untuk membentangkan 25 laporan dengan mengadakan lebih 150 mesyuarat membabitkan isu berkaitan kepentingan rakyat dan Laporan Ketua Audit Negara berbanding 148 mesyuarat dengan 22 laporan pada tahun lepas.
"Berhubung pelaburan Khazanah Nasional yang rugi, PAC menetapkan prosiding berkaitan pelaburan domestik Khazanah Nasional untuk mendapatkan penjelasan dan keterangan daripada syarikat dana kekayaan negara ini," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAC
#Sidang Parlimen
#Mas Ermieyati Samsudin
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan