KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji alternatif dalam menjamin kestabilan industri beras negara bagi mengelak kebergantungan kepada perjanjian konsesi Padiberas Nasional Berhad (Bernas), sekali gus mendorong ke arah pasaran terbuka beras, menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen.
Perkara itu adalah antara lapan syor yang dikemukakan PAC Parlimen kepada kerajaan bagi tujuan penambahbaikan terimaan dan bayaran obligasi sosial perjanjian pengurusan industri padi dan beras negara.
Naib Pengerusi PAC Parlimen Wong Shu Qi berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga perlu memantau Akaun Amanah Dana Obligasi Sosial Bernas bagi memastikan segala penyaluran dan penggunaan dana berkenaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan Surat Ikatan Amanah.
"Selain itu, KPKM hendaklah memastikan Bernas menyalurkan dana obligasi tepat pada masanya selaras dengan perjanjian konsesi Bernas," katanya dalam kenyataan hari ini.
PAC mengadakan prosiding berhubung isu itu pada 14 Jun lepas dengan memanggil Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali; Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi KPKM merangkap Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood; dan Ketua Bahagian Bernas Abdul Rahman Mohd Nasri sebagai saksi bagi memberikan keterangan dan penjelasan.
Wong berkata keputusan PAC Parlimen untuk mengadakan prosiding itu susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 yang mendedahkan kerugian wang awam berjumlah RM37 juta disebabkan dana obligasi 2021 belum diterima serta pembayaran tidak teratur berjumlah RM370,000 bagi bayaran Skim Subsidi Harga Padi kepada pesawah yang telah meninggal dunia.
Selain itu katanya PAC turut membuat keputusan untuk memulakan prosiding berhubung Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) pada 23 Okt di bawah tajuk 'Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp'.
Beliau berkata saksi yang akan dipanggil adalah Pegawai Pengawal Kementerian Sumber Manusia (KSM) Datuk Amran Ahmad; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) KSM dan Ketua Eksekutif HRD Corp Datuk Wira Shahul Dawood.
"Tujuan PAC memulakan prosiding ini adalah bagi mengkaji dan meneliti pengurusan dan keberkesanan program-program HRD Corp bagi memastikan dana dan peruntukan kerajaan diurus dengan cekap dan berkesan mengikut garis panduan serta prosedur yang ditetapkan.
"Pada masa sama, program-program serta latihan yang dibekalkan turut akan diteliti bagi memastikan dana dan peruntukan yang diberi bagi tujuan-tujuan pemantapan kompetensi dan tenaga mahir negara adalah bertepatan dengan keperluan majikan serta arus industri dan ekonomi semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang juga Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi ketika sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.
PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
Penukaran RTU 75 stesen amaran banjir perlu dipastikan ikut masa, kos ditetapkan - PAC
PETRA perlu memastikan kerja penukaran 'Remote Terminal Unit' (RTU) di 75 stesen terlibat Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti ditetapkan.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.