awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC tangguh prosiding Ambrin buang berkenaan 1MDB

Bernama
Bernama
29/10/2018
10:27 MYT
PAC tangguh prosiding Ambrin buang berkenaan 1MDB
Ambrin (gambar) dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB.n - Gambar fail/BERNAMA
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini menangguhkan prosiding siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan hari ini.
Ronald sebelum ini dilapor berkata Ambrin yang dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB, merupakan Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat pelaburan strategik negara itu.
Menurutnya, Ambrin yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding pertama siasatan semula 1MDB itu hari ini, telah membentangkan laporannya sebelum ini pada Mac tahun 2016 kepada PAC, dalam persidangan Parlimen penggal ke-13.
Dalam perkembangan lain, satu lagi prosiding iaitu mengenai tuntutan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion membabitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dijadualkan esok juga ditangguhkan ke pukul 2.30 petang 14 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Ambrin Buang
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Lim Guan Eng
#PAC
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan