awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah enggan jual minyak masak peket, peniaga berdepan tindakan

Bernama
Bernama
07/01/2025
08:34 MYT
Padah enggan jual minyak masak peket, peniaga berdepan tindakan
Kamalludin berkata, anggota penguat kuasa telah melakukan penyamaran uji beli melalui Ops Samar sebelum dimaklumkan minyak masak peket kehabisan stok untuk dijual. - Bernama
IPOH: Keengganan sebuah kedai runcit di Halaman Pasar dekat Taiping menjual minyak masak peket kepada pelanggan mengundang padah apabila premis itu dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan diambil menerusi operasi dijalankan pada 1 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping.
"Tindakan dilakukan hasil maklumat orang awam yang mendakwa penjual menyembunyikan minyak masak peket dan enggan menjualnya ketika diminta selain menjual pada harga RM2.80 dan bukannya pada kadar RM2.50 yang ditetapkan kerajaan.
"Anggota penguat kuasa telah melakukan penyamaran uji beli melalui Ops Samar sebelum dimaklumkan minyak masak peket kehabisan stok untuk dijual," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata curiga dengan jawapan pekerja premis itu, pemeriksaan lanjut menemukan sejumlah kotak berisi minyak masak peket sebanyak 303 kilogram (kg) bernilai RM757.50 yang tersimpan dalam stor dan sebahagiannya di kaunter bayaran premis.
"Hasil siasatan mendapati pemilik premis ini secara palsu menafikan bahawa dia mempunyai barang kawalan berjadual iaitu minyak masak peket bersubsidi dalam milikannya.
"Berikutan itu, satu arahan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 dikeluarkan kepada penyelia premis dan barangan itu disita untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti atau sindiket penyelewengan barang-barang kawalan.
"KPDN akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi menangani isu manipulasi aktiviti perniagaan termasuk usaha mencegah penyelewengan barang kawalan, penipuan perniagaan dalam talian (e-dagang) serta membanteras monopoli dan kewujudan kartel," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Perak
#peniaga
#minyak masak peket
#tindakan
#penguatkuasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan