awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah gigit isteri di bulan puasa

Bernama
Bernama
28/08/2018
11:05 MYT
Padah gigit isteri di bulan puasa
Isteri tertuduh berada di rumah kawannya sebelum lelaki berkenaan mengamuk dan memanggilnya pulang untuk menyediakan juadah berbuka puasa. -Gambar hiasan
Seorang pemandu Grab yang menggigit dan memukul badan isteri kerana tidak menyediakan juadah berbuka puasa, hari ini dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahrin Mohd Mokhtar, 28, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan Safizamira Sebri, 24, dengan cara menggigit, memukul serta menampar wanita itu sehingga luka di bahagian tangan, muka dan perut.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.
Ibu tertuduh yang berada di galeri awam kelihatan menangis selepas mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas anak lelakinya.
Bapa anak satu itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit di Koi Tropika Kondominium, Puchong, di sini pada 3 petang, 30 Mei lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Firdaous Mohamad Idris memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setimpal mengambil kira mangsa merupakan isteri tertuduh.
"Saya mohon satu hukuman setimpal yang dapat menginsafkan tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang, katanya.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menyesali perbuatannya dan perlu menanggung isteri dan anak yang berusia dua tahun selain ibu bapa yang sudah berusia.
Mengikut fakta kes, sebelum kejadian itu, isteri tertuduh berada di rumah kawannya sebelum lelaki berkenaan mengamuk dan memanggilnya pulang untuk menyediakan juadah berbuka puasa.
Setelah sampai di rumah mereka, berlaku perselisihan faham menyebabkan tertuduh bertindak melambung, menggigit perut dan menampar wanita itu.
- Bernama
Topic Berkaitan
#gigit isteri
#Juadah Berbuka Puasa
#Mohd Shahrin Mohd Mokhtar
#pemandu Grab
#penjara empat bulan
#pukul isteri
#Safizamira Sebri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan