KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri antara tujuh individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan produk kesihatan palsu dengan menggunakan nama seorang doktor pakar mata berpangkat Datuk.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam serbuan pertama, tiga lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 38 tahun ditahan di Shah Alam pada 21 Mei dan 22 Mei lalu.
"Dua daripada yang ditahan adalah pengarah syarikat manakala dua lagi individu adalah pegawai pemasaran dan ahli perniagaan yang disyaki terlibat dengan penjualan produk kesihatan palsu," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.
Menurutnya, turut dirampas 18 kotak produk rawatan mata, empat bungkusan produk rawatan pelbagai jenama, satu monitor, sebuah komputer riba dan satu telefon bimbit.
"Susulan daripada itu tiga lagi individu berusia 33 hingga 51 tahun telah ditahan iaitu seorang lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Vietnam dalam serbuan sekitar Klang pada 24 Mei lalu.
"Turut dirampas enam kotak produk rawatan mata, satu kotak cermin mata, satu unit pencetak dan tiga unit telefon bimbit," katanya.
Ramli berkata, berdasarkan laporan yang diterima, sindiket itu didakwa telah menggunakan gambar dan video pengadu yang juga merupakan seorang pakar perubatan terkenal bagi mempromosikan produk kesihatan sindiket tersebut.
"Pasangan itu disyaki menyunting gambar dan imej tanpa kebenaran doktor pakar berkenaan untuk diletakkan pada iklan produk tiruan terbabit.
"Pengadu seterusnya telah melihat iklan yang dimaksudkan dan mengesahkan bahawa produk kesihatan tersebut tiada kaitan dengan syarikatnya," ujarnya.
Beliau berkata, adalah dipercayai, penggunaan tanpa kebenaran gambar dan video pengadu sebagai bahan promosi produk terbabit adalah bagi tujuan memperdayakan orang ramai.
"Empat individu yang ditahan dalam serbuan pertama telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala dua individu warga asing dan seorang warga tempatan direman bagi membantu siasatan Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam pada itu, Ramli berkata, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam pembelian produk kesihatan secara dalam talian.
"Melalui kes ini, dapat dilihat bagaimana sindiket penipuan semakin berani menggunakan gambar serta video individu terkenal bagi memberi gambaran bahawa produk tersebut mempunyai kaitan dengannya.
"Lebih malang, produk yang dipasarkan adalah palsu dan penggunaan produk tersebut dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan pengguna," katanya.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang promosi yang diiklankan di media sosial.
"Orang ramai boleh melakukan semakan dengan agensi atau jabatan kerajaan berkaitan khususnya apabila melibatkan produk kesihatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 27 2024
Ramli menunjukkan produk rawatan mata yang dirampas ketika sidang akhbar pada Isnin
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Padah jual produk kesihatan palsu guna nama doktor pakar mata
Pasangan suami isteri antara tujuh individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan produk kesihatan palsu dengan menggunakan nama seorang doktor pakar mata berpangkat Datuk.
Beri amaran koronavirus, doktor ini dipanggil polis, kini dia terlantar sakit
Dr Li dituduh menyebarkan khabar angin dan dipanggil oleh pengurusan hospital, sebelum dipanggil ke balai polis tempatan.
Dijangkiti penyakit, wanita keluarkan 14 cacing dari mata kirinya
Malang sekali buat seorang wanita dari Oregon, Amerika Syarikat, apabila matanya dijangkiti kuman yang membiak cacing.