PARIT BUNTAR: Dua beranak yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di lampu isyarat Jalan Sempadan di sini hingga rakaman videonya menjadi tular, dilaporkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.
Video berdurasi 12 saat itu mendakwa kejadian berlaku apabila motosikal terbabit meluru laju hingga mengabaikan lampu isyarat merah dipercayai untuk mengejar sebuah kenderaan lain yang dinaiki teman lelaki bersama seorang wanita.
Menerusi rakaman 'dashcam' kereta yang terbabit dalam kemalangan itu menunjukkan motosikal berkenaan melanggar bahagian tepi kereta hingga mengakibatkan penunggangnya jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 2.20 petang pada Ahad lalu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego ditunggangi seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 56 tahun.
Menurutnya, kemalangan itu berpunca daripada penunggang motosikal terbabit yang tidak mematuhi lampu isyarat merah menyebabkan pelanggaran berlaku dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang jurutera berusia 27 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki terbabit dari arah Parit Buntar hendak balik ke Bandar Bharu, Kedah.
"Setibanya di lokasi, lampu isyarat telah hijau dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum motosikal dinaiki dua wanita itu yang datang dari arah sebelah kanan melanggar bahagian tepi dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat merah," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng mengalami luka di kaki dan badan, manakala kereta mengalami kerosakan di bahagian pintu, cermin hadapan serta lampu pecah.
Katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN166/59.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 20 2022

Kemalangan membabitkan motosikal dinaiki dua beranak dan sebuah kereta tular di media sosial. -Foto video tular

Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
CEO Tesla, Elon Musk telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan dilakukan.

Sukan SEA Hanoi: Sie Yan hadiahkan pingat emas ke-30 negara
Dua atlet negara turut mendominasikan pentas gimnmastik berirama pasa Sukan SEA Hanoi, pada Khamis.

Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

Beg Plastik | Perak bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exconya, Akmal Kamarudin berkata satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Rasuah | Pegawai JAKOA mengaku tidak bersalah
Seorang penolong pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300 pada Januari.

Padah kejar kekasih curang, dua beranak cedera rempuh kereta di persimpangan lampu isyarat
Pelanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng mengalami luka di kaki dan badan.