Gara-gara memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit, seorang pekerja kilang minyak masak didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, K. K. Ravi, 34 tahun, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Oppo miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee di sini pada September 2016.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras ketika berhujah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan ia merupakan satu kesalahan yang menjijikkan.
Terdahulu, dalam rayuan kepada anak guamnya, Chiang Mei Wan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon mahkamah mengenakan denda yang ringan kerana tertuduh masih menjaga kedua-dua ibu bapanya.
Siti Hafiza menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara setahun terhadap tertuduh jika gagal membayar denda tersebut.
Nazialita Geynna Maharan
Fri Mar 30 2018

Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Oppo miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee di sini pada September 2016. -Foto Astro AWANI

Bicara kes saman Mujahid berhubung isu Sajat bertelekung bermula 12 Julai
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kuarantin di rumah tidak sesuai | Pemulihan aset terbesar
Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang tindakan kuarantin di rumah merisikokan ahli keluarga lain. Ujar bekas Perdana Menteri itu, pesakit dijangkiti COVID-19 sepatutnya dikuarantin berasingan. Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset 1MDB bernilai 3.9 bilion dolar Amerika daripada Goldman Sachs. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

Kumpulan lelaki cetus provokasi terhadap polis didakwa
Mereka didakwa atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap penjawat awam serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli politik proses sendiri ganja, jual RM300 sebotol
Suspek pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik tahun lalu.

PKP 2.0 | Pasar Besar Kedai Payang kembali suram
Kemeriahan dan kerancakan aktiviti perniagaan di Pasar Besar Kedai Payang sekali lagi 'diragut' susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan di negeri itu. Bagaimanapun peniaga yang menjual makanan dan lauk pauk masih meneruskan jualan seperti biasa.

Harga RON95, RON97 dan diesel naik
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

COVID-19 | Papan tanda lokasi risiko tinggi di Los Angeles
Pihak berkuasa Los Angeles, California, meletakkan papan tanda di beberapa lokasi risiko tinggi COVID-19 di bandar itu. Ini ketika negeri itu bergelut untuk membendung gelombang baharu wabak tersebut, sambil memastikan akses vaksin yang mencukupi buat penduduknya.

Vaksin COVID-19 | Petani di California diutamakan terima vaksin
Kebanyakan negara mengutamakan petugas kesihatan dan warga emas untuk menerima vaksin COVID-19. Namun di California, Amerika Syarikat, golongan petani turut menjadi keutamaan bagi menjamin rantaian makanan negara itu tidak terputus.

Patuh SOP: Polis Terengganu edar risalah kesedaran santai
Polis Terengganu ambil insiatif edar risalah dan poster kesedaran di SJR negeri itu untuk mengingatkan masyarakat untuk mematuhi SOP.

Saringan COVID-19 | Kaedah RTK-Ag harus dikendali operator mahir
Ujian saringan COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) harus dikendalikan oleh operator yang terlatih. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia juga harus dilakukan dalam tempoh masa lima ke tujuh hari selepas simptom.

Padah simpan video dan gambar lucah, pekerja kilang didenda RM7,000
K. Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Oppo miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee, Ipoh pada September 2016.