awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padang Terap, Jempol catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia

Bernama
Bernama
01/05/2023
09:45 MYT
Padang Terap, Jempol catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat petang 4.20 petang tadi. - Gambar hiasan/Reuters
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.
Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu hari ini, dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat petang 4.20 petang tadi.
Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, kawasan lain di Semenanjung serta seluruh kawasan Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah celcius (tahap biru).
MetMalaysia sebelum ini memaklumkan fenomena cuaca panas dan bahang yang melanda di kebanyakan kawasan di Semenanjung diramal tidak akan berpanjangan dan menasihati orang awam terutama mereka yang bekerja atau mempunyai aktiviti di luar bangunan supaya berhati-hati ketika cuaca panas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#MetMalaysia
#tahap berjaga-jaga
#Padang Terap
#Jempol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan