awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paderi hadapi 17 pertuduhan rogol, cabul kanak-kanak

Azee Shafy
Azee Shafy
17/06/2022
08:18 MYT
Paderi hadapi 17 pertuduhan rogol, cabul kanak-kanak
Tertuduh (dua, kiri) mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak terbabit. - Foto Astro AWANI
RAUB: Seorang paderi menghadapi 17 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Raub hari ini, atas pertuduhan merogol dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di beberapa lokasi di sekitar Bentong, sejak Disember 2019.
Tertuduh, Kok Chaw Fatt, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Ahmad Faizadh Yahaya di atas semua pertuduhan melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak terbabit.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah didakwa menyentuh seluruh badan dan kemaluan mangsa tanpa kerelaan mangsa yang berusia 17 tahun 2 bulan ketika itu di sebuah gereja di Bentong sekitar 2 petang, pada Disember 2019.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa pada Mei 2020 di sebuah rumah di Taman Anggerik Height sekitar jam 4.30 petang.
Manakala pada Jun 2020, tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama termasuk perbuatan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa di sebuah rumah di Taman Syahbandar Height pada jam 4.30 petang juga.
Ketiga-tiga dakwaan ini mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dalam 14 pertuduhan seterusnya, tertuduh telah didakwa melakukan perbuatan merogol terhadap mangsa di sebuah rumah di Taman Syahbandar Height.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu sekitar jam 4.30 petang yang berlarutan sehingga 14 bulan dari Januari hingga Disember 2020, serta Januari hingga Febuari 2022.
Bagi pertuduhan ini, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anisah Pisol manakala tertuduh diwakili peguam, Lee Tee Kiat.
Anisah meminta mahkamah mengenakan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan sebagai wang jaminan terhadap tertuduh dengan syarat tambahan, tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Namun, Tee Kiat memohon pihak mahkamah mengurangkan wang jaminan anak guamnya memandangkan amaun ini terlalu besar kerana tertuduh tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Ahmad Faizah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM42,500 iaitu RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri sekali sebulan di balai polis berdekatan, menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah dan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 4 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#paderi
#rogol
#Kanak-kanak
#Raub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan