KUALA LUMPUR: Bekerja dalam dunia profesional dengan pendapatan kasar mencecah lebih RM5,000 sebulan, menetap di ibu kota, tidak berkahwin dan berada dalam kategori M40 sering kali dipinggirkan daripada menerima bantuan yang disediakan kerajaan kerana diklasifikasikan sebagai tidak layak.
Walhal pada hakikatnya, golongan M40 yang berpendapatan sekitar RM4,851 hingga RM10,970 sebulan ini juga tidak terkecuali daripada terbeban dengan komitmen yang tinggi apabila ada antara mereka terpaksa menjadi "nakhoda keluarga" dalam melunaskan pelbagai perbelanjaan antaranya perubatan ibu bapa mahupun adik-beradik yang masih belajar.
"Memanglah bujang, tetapi kena bayar keperluan untuk dua buah rumah. Satu rumah yang dibeli di Kuala Lumpur manakala satu lagi untuk emak ayah di kampung bagi keselesaan mereka. Jadi, tertekan jugalah kalau PADU (Sistem Pangkalan Data Utama) tidak ambil kira bebanan M40 bujang secara keseluruhan," kata pekerja swasta, Suraya Ali, 37.
Biarpun M40 kini boleh menarik nafas lega sebaik selesainya pelancaran sistem portal itu pada Selasa yang menjamin golongan tersebut tidak akan tercicir apabila PADU mengambil kira perbelanjaan isi rumah setiap bulan, tanggungan, kos sara hidup ikut lokasi dan tidak berdasarkan pengelasan B40, M40 dan T20.
Namun, keluh-kesah masih lagi merantai kalangan M40 bujang khususnya mereka yang mempunyai tanggungan besar apabila pengisian dan pengemasan maklumat yang diperlukan dalam portal tersebut dilihat masih ada lagi kelompangan dan ruang yang perlu ditambah baik.
Malah, beberapa pakar yang ditemu ramah Bernama berpandangan beberapa perincian khusus berkaitan dengan "jumlah tanggungan" dan terma "isi rumah" itu perlu diteliti kembali.
Jika tidak, risiko golongan M40 bujang yang mempunyai komitmen tinggi dan sewajarnya layak untuk menerima subsidi dan bantuan tidak mustahil akan tercicir berikutan maklumat terperinci dan lengkap tidak dapat diisi disebabkan kelompangan tersebut, kata Prof Barjoyai Bardai.
Ini kerana, isi rumah diklasifikasikan kepada mereka yang tinggal bersama dalam satu rumah menggunakan peruntukan sama untuk bayaran utiliti, keperluan dapur dan kehidupan seharian tetapi yang dibangkitkan adalah mereka yang tinggal berasingan dan mempunyai tanggungan besar.
"Yang diperlukan adalah ruang memperincikan situasi kewangan setiap yang berdaftar di PADU supaya aspek keunikan kedudukan kewangan boleh diambil kira dan ditangani bagi menyelesaikan masalah kewangan setiap keluarga secara mutlak.
"Jika ini boleh dilakukan, barulah boleh dikatakan kerajaan MADANI benar-benar mematlamatkan kesejahteraan rakyat seluruh negara. Peraturan dan polisi boleh diubah suai mengikut keperluan khusus setiap isi rumah tanpa perlu mewujudkan peraturan umum tentang definisi isi rumah dan keluarga," kata pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) itu.
Keperluan perincian itu juga antara yang turut disentuh Prof Madya Ku Suhaila Ku Johari, Ketua Program Siswazah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila separuh daripada mereka yang berjumpa semasa sesi kaunselingnya merupakan M40 bujang yang terhimpit dengan suasana ekonomi mencabar dan isu sara hidup.
Dilabelkan sebagai "bujang senja", beliau berkata, beberapa kajian sebelum ini mendapati ramai kelompok ekonomi tersebut lebih selesa bersendirian daripada memilih untuk berkahwin disebabkan tertanggung dengan pelbagai komitmen besar.
"Kesukaran itu satu yang subjektif. Mungkin kita beranggapan M40 bujang, senang, tidak mempunyai anak untuk hantar mereka ke pusat penjagaan dan sebagainya sedangkan golongan ini juga ada yang menjadi ketua keluarga dan menyara emak, ayah, adik-beradik walaupun tidak duduk satu rumah.
"Kerana itu, saya berpandangan sistem PADU perlu diperhalusi lagi untuk golongan seperti ini kerana kebimbangan mereka semakin bertambah apabila kerajaan mengumumkan akan melakukan subsidi bersasar. Mereka takut tidak layak," katanya.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebelum ini menyatakan peratusan wanita dalam kumpulan usia 25 hingga 29 tahun yang belum berkahwin meningkat 37.8 peratus pada 2010 berbanding 29.8 peratus pada 2000.
Biarpun begitu, komitmen kerajaan untuk memastikan golongan yang layak tidak tercicir termasuk M40 yang sebelum ini sering dianggap sebagai kumpulan "terlepas pandang" dalam menerima insentif menerusi PADU, adalah bertepatan dengan masanya, kata Prof Ahmad Martadha Mohamed.
Beliau yang merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, ramai golongan M40 terhimpit dengan cabaran kehidupan dan kos sara hidup yang kian meningkat selepas pandemik COVID-19.
"Tiada lagi pengkelasan B40, M40 dan T20 dalam menentukan pengagihan bantuan dan subsidi adalah wajar memandangkan golongan M40 yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Pulau Pinang semakin tertekan selepas COVID-19.
"Sedangkan pergerakan gaji atau pendapatan mereka tidak selaju pergerakan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan yang mencanak dan kerana itu, PADU merupakan jawapan kepada penantian M40 selama ini," katanya.
PADU yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam adalah hab data negara yang selamat dan komprehensif untuk mengelakkan berlakunya keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.
Sistem itu juga dapat mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi apabila kajian sebelum ini mendapati pengagihan subsidi tidak sampai sepenuhnya kepada kumpulan sasaran. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
PADU yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam adalah hab data negara yang selamat dan komprehensif untuk mengelakkan berlakunya keciciran dalam pengagihan bantuan serta subsidi kerajaan.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Michelle Yeoh salah seorang penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington
Advokasi: Atasi permasalahan penagihan dadah menerusi Tele Hello AADK
Menurut Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Siti Mariam Mursidan, ini merupakan pendekatan baharu bagi memberikan maklumat yang diperlukan bukan sahaja kepada mereka yang mengalami masalah penagihan, tetapi juga kepada keluarga.
Letupan bom: Polis Kelantan guna kenderaan berperisai kawal sempadan
Polis Kelantan menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan kejadian letupan bom dan tembakan di Pasemas, Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin
lalu
lalu
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu masuki tempoh kritikal
Kempen PRK Kuala Kubu Baharu mula memasuki tempoh kritikal dengan parti dan calon bertanding melipat gandakan usaha bagi meraih sebanyak mungkin undi.
[TERKINI] Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
[TERKINI] Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penghargaan buat anggota bomba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anwar terima potret misi Ops Jerebu 1997
Misi memadam kebakaran rentas sempadan, Ops Jerebu selama 25 hari yang membabitkan 1,200 anggota bomba pada 27 tahun lampau, diabadikan dalam bentuk potret dihadiahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu penting dalam menjayakan tugasan itu pada 1997.
PM dedah ada tidak setuju kenaikan gaji penjawat awam
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.