awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion

Bernama
Bernama
23/11/2024
13:58 MYT
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Wan Rosdy berkata, berita gembira itu merupakan hasil kerjasama semua penjawat awam di negeri ini yang telah berusaha untuk merealisasikan sasaran tersebut. - Gambar fail
KUANTAN: Kerajaan Pahang berjaya mencatat kutipan hasil sebanyak RM1.144 bilion melebihi sasaran yang ditetapkan RM1.137 bilion untuk tahun ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Karnival Tanah Pahang - 'Syukuri Nikmat, Laksana Tanggungjawab, Jelaskan Cukai Tanah Anda' Peringkat Negeri Pahang Tahun 2024 di Dewan Titiwangsa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub, dekat sini hari ini.
"Sudah pastinya berita gembira ini merupakan hasil kerjasama semua penjawat awam di negeri ini yang telah berusaha untuk merealisasikan sasaran tersebut.
"Syabas, tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua," katanya menerusi catatan di Facebook.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan Pahang mencipta hatrik jumlah kutipan hasil melebihi RM1 bilion selama tiga tahun berturut-turut sejak 2022 sekali gus membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
Mengenai karnival berkenaan, beliau berkata ia secara langsung dapat mendidik rakyat negeri ini untuk melaksanakan tanggungjawab membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun.
"Saya percaya apa yang kerajaan negeri laksanakan ini akan menerima manfaat kepada negeri dan rakyat terutamanya dalam soal kebajikan yang sentiasa diberi keutamaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#kutipan hasil
#Wan Rosdy Wan Ismail
#penjawat awam
#cukai tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan