KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di negeri Pahang terus meningkat manakala Johor semakin berkurangan sementara Kedah dan Terengganu kekal setakat petang ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat selepas 5,021 mangsa daripada 1,489 keluarga ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 4,230 mangsa daripada 1,240 keluarga yang ditempatkan di 21 PPS pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) melaporkan Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 4,908 orang di 24 PPS manakala 113 individu ditempatkan di empat PPS di Pekan.
Laman sesawang rasmi Jabatan Saliran dan Pengairan, publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras air Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Sungai Keratong di Rompin masih melebihi paras bahaya.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 59 orang di tiga daerah berbanding 163 mangsa yang direkodkan pada 8 pagi tadi.
Menurut JBPN hanya tiga PPS yang masih dibuka, masing-masing satu di Daerah Segamat, Mersing dan Batu Pahat, yang menempatkan 17 keluarga, susulan banjir termenung.
"Keadaan cuaca di sembilan daerah diramalkan cerah petang ini kecuali Kluang yang dijangka mengalami hujan," katanya.
Sementara itu, hanya Sungai Bekok di Batu Pahat yang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.95 meter manakala tiga sungai di paras amaran iaitu Sungai Lenik di Sungai Batu Pahat (Segamat) dengan 5.57 meter; Sungai Muar di Kampung Lubok Kepong (Segamat) di paras 18.32 meteri; dan Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai (Pontian) berada di paras 2.29 m.
Di KEDAH seramai 26 mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Insaniah Jangkang, Kulim masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing walaupun banjir sudah surut sepenuhnya.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata ia berikutan tebing Sungai Kob yang runtuh masih belum dibaiki lagi.
"Buat masa ini, kesemua mangsa daripada lapan keluarga dari Kampung Padang Limau itu masih belum dibenarkan pulang kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan penghulu kampung.
Kita bimbang dengan keselamatan mangsa banjir ini dan rumah mereka masih belum selamat diduduki kerana takut air dari sungai itu banyak dan akan melimpah kembali ke rumah mangsa-mangsa ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata Pegawai Daerah Kulim akan mengadakan lawatan bagi melihat kerosakan yang berlaku di bahagian tebing sungai berkenaan petang nanti dan sebarang tindakan akan dimaklumkan.
Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir kekal seramai 28 orang yang ditempatkan di dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor dan di Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

Di Johor, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 59 orang di tiga daerah berbanding 163 mangsa yang direkodkan pada 8 pagi tadi. - Gambar fail/ Sinar Harian

Kelayakan Euro 2024: Perancis menang bergaya, benam Belanda 4-0
Perancis memenangi perlawanan pertama sejak kekalahan di final Piala Dunia apabila mengatasi Belanda 4-0 bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan penuh bergaya.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Satu PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat berkurang
Kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir adalah Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Mangsa banjir di Batu Pahat 419 orang pagi ini
Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran, manakala cuaca di kesemua 10 daerah dilaporkan cerah pagi ini.

Mangsa banjir di PPS gotong-royong masak juadah berbuka puasa
Selain bergotong-royong menyediakan juadah berbuka, PPS tersebut turut mengadakan solat tarawih di masjid serta surau berhampiran.

Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang
Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi.

Mangsa banjir di Batu Pahat kini 967 orang
JPBN turut memaklumkan pada pagi ini, tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

Puluhan ribu penduduk California berdepan bekalan elektrik terputus
Hujan lebat, angin kencang dan ribut salji memburukkan lagi keadaan dengan lebih ramai penduduk tempatan dijangka akan berpindah.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir boleh mohon empat kategori bantuan - Armizan
Mangsa banjir di Johor yang layak boleh memohon empat kategori bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).