awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johari Abdul adakan perbincangan dengan rakan sejawat dari India mengenai kerjasama dua hala
Penambahbaikan SARA pastikan bantuan lebih tersusun, bersasar - PM Anwar
PDRM jamin tindakan profesional, telus dalam isu perolehan - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan

Bernama
Bernama
16/01/2026
13:41 MYT
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pahang dipilih keranan tawaran percutian alam semula jadi yang menenangkan, kepelbagaian pengalaman serta pelancongan mampan. - Bernama
KUANTAN: Pahang dipilih sebagai destinasi utama di Malaysia untuk pelancongan alam semula jadi dan ekopelancongan, menurut Tourism Pahang.
Berdasarkan tinjauan pengguna di seluruh negara pelancong memilih Pahang untuk percutian alam semula jadi yang menenangkan, kepelbagaian pengalaman serta pelancongan mampan.
Sebanyak 34.3 peratus memilih negeri itu sebagai destinasi percutian alam semula jadi dan 21.8 peratus menamakan Genting Highlands sebagai tarikan utama.
"Selain itu, sebanyak 28.1 peratus responden memilih negeri ini kerana menawarkan gabungan pengalaman terbaik, manakala 30.5 peratus mengiktiraf Pahang sebagai negeri paling komited terhadap pelancongan mesra alam dan lestari," menurut kenyataanTourism Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata pengiktirafan itu menjadi pemangkin untuk terus membangunkan dan mempromosikan Pahang sebagai destinasi utama yang menitikberatkan kelestarian alam sekitar.
Justeru, beliau optimis untuk mencapai sasaran 15 juta pelancong tempatan dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
"Kerjasama antara rakan pelancongan, agensi kerajaan dan pemain industri akan menjadi faktor utama dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi yang mesra, lestari dan bertaraf dunia," kata Leong.
Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting Spencer Lee berkata syarikat itu memainkan peranan aktif dalam mempromosikan ekopelancongan menerusi pendidikan dan pengalaman imersif.
"Eufloria merupakan tarikan ekopelancongan dan pelancongan pendidikan yang berteraskan kompleks rumah hijau terbesar di Malaysia, menawarkan pembelajaran berasaskan alam semula jadi melalui hortikultur, seni dan pemuliharaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#destinasi percutian
#tarikan alam semula jadi
#pelancongan
#Taman Negara
#Cameron Highlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan