KUANTAN: Kerajaan Pahang meluluskan cadangan merizabkan 510.6 hektar tanah bagi masyarakat Orang Asli Kampung Pantos di Lipis, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata ia bertujuan untuk dijadikan sebahagian daripada tapak projek ekonomi baharu bagi Orang Asli di situ, termasuk cadangan menanam pokok durian bermutu tinggi yang diusahakan bersama syarikat milik kerajaan negeri dan swasta.
"Manfaat terus yang akan diperoleh oleh Orang Asli di kawasan ini berupa dividen atau keuntungan daripada kerjasama berkenaan.
"Kelulusan ini dilihat akan memberi manfaat serampang dua mata kepada penduduk di situ, iaitu aspek jaminan kawasan penempatan dan projek ekonomi," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Buat masa ini, Wan Rosdy memaklumkan terdapat 1,940 orang daripada 352 keluarga menetap di kawasan yang bakal dirizabkan itu dan antara tanaman yang diusahakan mereka ialah kelapa sawit serta getah.
Projek tanaman itu diusahakan bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dengan masyarakat Orang Asli terlibat menerima dividen hasil tanaman mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 25 2021
Wan Rosdy memaklumkan terdapat 1,940 orang daripada 352 keluarga menetap di kawasan yang bakal dirizabkan itu. - ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Pahang lulus cadangan rizab 510.6 hektar tanah buat Orang Asli di Lipis
Kerajaan Pahang meluluskan cadangan merizabkan 510.6 hektar tanah bagi masyarakat Orang Asli Kampung Pantos di Lipis, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.