KUANTAN: Rancangan kerajaan Pahang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa baru di Gebeng di sini, secara dasarnya telah dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata ia diputuskan dalam mesyuarat Khamis lepas, dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam projek itu, yang akan menjadi sebahagian daripada rancangan Pahang mewujudkan bandar aeroangkasa di Gebeng menjelang tahun 2050.
"Kita melihat ada keperluan untuk membina lapangan terbang baru kerana di Pantai Timur masih belum ada lapangan terbang antarabangsa dan ini dapat memberi kemudahan infrastruktur pengangkutan lebih baik, meningkatkan ekonomi dan sektor pelancongan.
"Ia juga dirancang mengambil kira faktor kita tidak boleh melakukan pembesaran di lapangan terbang sedia ada (Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah) kerana ia milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mungkin melibatkan faktor keselamatan," katanya.
Wan Rosdy berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini pada Ahad.
Mengenai RMK12, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri mengemukakan 731 projek melalui pelbagai kementerian dengan jumlah kos keseluruhan RM50.571 bilion, dan 13 daripadanya diletakkan dalam senarai keutamaan.
Ini termasuklah pembinaan jalan baru dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor ke Bera dan Temerloh sejauh 107 kilometer (km), kolej komuniti di Lipis dan jalan pintasan Cameron Highlands.
Berdasarkan pelan perancangan pelaksanaan RMK12 Pahang, terdapat tujuh jajaran jalan raya sepanjang 238.8 km termasuk dua di Cameron Highlands iaitu Habu -Tringkap Bypass (10.7 km) dan Blue Valley - Kuala Terla Bypass (11 km) selain pembinaan jalan baru dari Karak ke Simpang Pelangai di Bentong sepanjang 34.2 km.
Berhubung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Wan Rosdy berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM10.452 bilion untuk melaksanakan 576 projek dan daripada jumlah itu, kerajaan negeri membelanjakan RM10.036 bilion atau 96.02 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021
Wan Rosdy berkata secara dasarnya, lapangan terbang tersebut telah dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dijangka mula operasi 2026
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng, dijadual bermula tahun depan dan beroperasi pada tahun 2026 dengan kos sebanyak RM2 bilion.
Pahang rancang bina lapangan terbang antarabangsa di Gebeng
Rancangan kerajaan Pahang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa baru di Gebeng, secara dasarnya telah dipersetujui Majlis Perancangan Fizikal Negara.
Nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut
Seorang nelayan tempatan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke laut semasa menangkap ikan 14 batu nautika timur Gebeng.
Pahang bakal miliki Bandar Aeroangkasa - MB
Projek berimpak tinggi itu menyokong Rancangan Fizikal Negara ke-3 iaitu sebagai bandar pembangunan transit nasional secara bersepadu di kawasan berkenaan.
Fasa pertama hab sarung tangan getah di Kuantan bermula Jun ini
Hab yang melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta itu berkeluasan kira-kira 128.2 hektar di kawasan perindustrian Gebeng.
Tragedi mandi di Pantai Sungai Ular: Mayat mangsa hilang ditemukan
Mayat kanak-kanak yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini semalam, ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.
Pemandu mabuk rempuh lelaki direman
Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu menentang arus di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja syarikat pembersihan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi.
Tiga pemancing sesat ditemui selamat
Rosdan Zakaria berkata, ketiga-tiga mangsa yang berusia 24 hingga 25 tahun ditemui kira-kira empat kilometer dari jalan utama berhampiran bulatan Gebeng, pada jam 8.07 malam.
Lynas optimis penuhi syarat pembinaan PDF
Lynas akan memenuhi semua aspek perundangan dan peraturan yang disyaratkan, seperti yang diamalkan sejak mereka mula beroperasi di negara ini.