awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025

Bernama
Bernama
10/02/2026
13:30 MYT
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
Leong berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11.21 peratus berbanding 13.73 juta pelancong pada 2024. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Pahang merekodkan kehadiran 15.2 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM13.72 bilion pada tahun lepas sekali gus melepasi sasaran ditetapkan, iaitu 14 juta pelancong.

Ringkasan AI
  • Pahang mencatatkan kehadiran 15.2 juta pelancong dengan perbelanjaan RM13.72 bilion pada tahun lepas, melepasi sasaran 14 juta pelancong, menunjukkan peningkatan 11.21 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Penginapan di hotel Pahang mencatatkan kadar tertinggi iaitu 75.6 peratus, ketiga berturut-turut, melonjak berbanding negeri lain, menunjukkan industri pelancongan yang berkembang pesat di negeri tersebut.
  • Fokus Pahang pada tahun 2026 termasuk pengindahan destinasi pelancongan, penambahbaikan kemudahan sokongan, promosi antarabangsa, serta sokongan kepada pengusaha kecil dan operator pelancongan komuniti, dengan matlamat menjadikan 2026 sebagai Tahun Pemerkasaan Komuniti Pelancongan untuk memberi peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11.21 peratus berbanding 13.73 juta pelancong pada 2024.
"Jumlah ini hanya mengambil kira pelancong yang bermalam sekurang-kurangnya satu malam dan tidak termasuk pelancong harian. Sekiranya jumlah pelancongan harian diambil kira, angka ini akan jauh lebih besar.
"Bagi kadar penginapan di hotel, Pahang mencatatkan peratus penginapan tertinggi untuk tahun ketiga berturut-turut iaitu 75.6 peratus berbanding negeri lain," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Leong berkata antara fokus pada 2026 ialah pengindahan dan naik taraf destinasi pelancongan utama, penambahbaikan kemudahan sokongan pelancongan, pengukuhan promosi antarabangsa serta sokongan berterusan kepada pengusaha kecil, penggiat budaya dan operator pelancongan komuniti.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan 2026 sebagai Tahun Pemerkasaan Komuniti Pelancongan Pahang bagi memastikan limpahan pelancong diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, pendapatan dan pengukuhan identiti tempatan.
Dalam aspek penganjuran acara, beliau berkata lebih 50 aktiviti disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Pahang 2026 termasuk yang bertaraf antarabangsa seperti Cameron Ultra Trail (CULTRA), Pahang International Green Eyes Squid Hunting, Pesta Pelita Raya Pahang, World Music Festival 2026 - 'Soul of Pahang' serta Royal Pahang International Billfish International Challenge 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#promosi antarabangsa
#pengusaha kecil
#peratus penginapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami