awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang setuju wujud MAB Mossy Forest

Bernama
Bernama
05/01/2024
03:10 MYT
Pahang setuju wujud MAB Mossy Forest
Wan Rosdy berkata keputusan mewujudkan MAB Mossy Forest dicapai menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang pada Rabu lepas. - Foto Facebook Wan Rosdy
KUANTAN: Kerajaan Pahang setuju mewujudkan Man and Biosphere (MAB) Mossy Forest di Cameron Highlands, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata ia melibatkan 13 Hutan Simpan Kekal (HSK) seluas 4,963.57 hektar dan sebahagian tanah kerajaan seluas 3,398.93 hektar di Mukim Ulu Telom dan Mukim Tanah Rata di tanah tinggi itu.
"Penubuhan MAB Mossy Forest adalah untuk memulihara kepelbagaian biologi dan mempromosikan pembangunan lestari, selain turut memainkan peranan signifikan dalam aktiviti penyelidikan dan pendidikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata keputusan mewujudkan MAB Mossy Forest dicapai menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang pada Rabu lepas, dan ia diharap dapat meningkatkan pemahaman orang awam mengenai kepentingan pemeliharaan ekologi dan pengurusan sumber secara lestari.
Beliau berkata penubuhan MAB Mossy Forest juga selaras dengan Blueprint Pahang Destinasi Warisan Dunia: Transformasi ke Arah Ekonomi Berasas Khazanah.
Blueprint itu antara lain menggariskan hasrat pelaksanaan pembangunan sumber berasaskan pengiktirafan tapak atau kawasan sebagai warisan sejagat Tapak Warisan Dunia dan UNESCO Global Geopark.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Cameron Highlands
#MAB Mossy Forest
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan