KUANTAN: Kerajaan Pahang hari ini menawarkan untuk membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) secara percuma kepada lapan beradik yang kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19 minggu lepas.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tapak rumah yang dicadangkan bagi pembinaan kediaman bernilai RM65,000 itu terletak di kampung asal arwah ibu mereka di Rancangan Tanah Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut, dekat sini.
"Saya turut bersedih dan bersimpati dengan nasib kelapan-lapan beradik ini, yang sulung Nazurah Nabilah Benyajeed baru berusia 19 tahun manakala adik-adiknya berusia empat hingga 18 tahun yang kini tinggal menyewa bersama-sama ibu saudara mereka di Rawang, Selangor.
"Demi melihat mereka kekal tinggal serumah bersama-sama ibu saudara mereka itu, kerajaan negeri membuat tawaran RRP ini, dan ibu saudara mereka akan diberikan elaun bulanan sewajarnya," katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.
BACA: 8 beradik yatim piatu akibat COVID-19 dibantu
BACA: Lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19 terima bantuan
Katanya selain itu, Yayasan Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan membiayai pendidikan mereka yang masih bersekolah manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang sedia menyenaraikan keluarga itu sebagai penerima bantuan bulanan.
Wan Rosdy berkata pegawainya telah menghubungi anak sulung daripada lapan beradik itu dan berharap tawaran berkenaan akan diterima keluarga itu.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah lapan beradik itu yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh tiga hari akibat wabak COVID-19.
Ketua keluarga lapan beradik itu Benyajeed Bernie disahkan meninggal dunia pada 16 Julai manakala isterinya Noraini Ibrahim meninggal dunia dua hari kemudian.
Kisah lapan beradik itu turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan Kementerian Pertahanan bersetuju untuk mengambil lapan beradik itu sebagai anak angkat kepada Boustead Holdings Berhad (Boustead) yang merupakan anak syarikat di bawah kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah lapan beradik itu yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua ibu bapa mereka pergi buat selama-lamanya dalam tempoh tiga hari akibat wabak COVID-19. - Gambar/ Sinar Harian
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Pahang tawar rumah kepada 8 beradik yatim piatu akibat COVID-19
Kerajaan Pahang hari ini menawarkan untuk membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) secara percuma kepada lapan beradik yang kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19 minggu lepas.