awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan

Bernama
Bernama
10/02/2026
03:05 MYT
Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Mohd Isa (tiga, kanan) akan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya melibatkan RM3.09 juta. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya melibatkan RM3.09 juta.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan, membenarkan rayuan pihak pendakwaan, sekali gus membatalkan pembebasan Mohd Isa terhadap sembilan pertuduhan rasuah.
"Keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan responden (Mohd Isa) atas kesemua sembilan pertuduhan dikembalikan semula," kata Nordin yang bersidang bersama-sama Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Nordin berkata bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah wajar dan selaras dengan undang-undang.
"Kami perlu menegaskan semula bahawa rasuah adalah perbuatan keji yang boleh memusnahkan sesebuah negara," katanya.
Mahkamah mengeluarkan waran penahanan terhadap Mohd Isa, 76, untuk menjalani hukuman penjara mulai hari ini. Beliau dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Panel hakim itu mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun, serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara sekiranya gagal membayar.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.
Pada 2024, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, sekali gus membebaskan dan melepaskan Mohd Isa daripada pertuduhan tersebut.
Ketika menyampaikan keputusan itu yang mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit, Nordin berkata Mahkamah Tinggi telah bertindak dengan tepat apabila mendapati Mohd Isa menerima suapan, sekali gus menimbulkan anggapan di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM).
Seksyen 50(1) menetapkan bahawa sebarang suapan diterima, diberikan atau diminta adalah dianggap telah diterima, diberikan atau diminta secara rasuah, kecuali dibuktikan sebaliknya.
Ketika membacakan alasan penghakiman, Nordin berkata Mohd Isa gagal menangkis anggapan di bawah Seksyen 50 (1), dan oleh itu unsur kesalahan menerima rasuah terbukti melebihi keraguan munasabah bagi kesemua sembilan pertuduhan terhadap beliau.
Beliau berkata bukti menunjukkan bahawa Mohd Isa meminta rasuah melalui Muhammad Zahid, di mana bekas pengerusi Felda itu memberitahunya "kalau diaorang bagi apa-apa, kau ambil lah".
Nordin berkata Muhammad Zahid kemudian memaklumkan kepada Ikhwan bahawa "Tan Sri orang politik, ramai orang datang minta tolong Tan Sri. Kadang-kadang, beliau memerlukan dana untuk kerja politik".
Nordin berkata responden turut bertanya kepada Muhammad Zahid sama ada beliau menerima sebarang panggilan daripada Ikhwan, yang mana Muhammad Zahid menjawab tidak menerimanya.
Beliau berkata responden kemudian mengarahkannya untuk menghubungi Ikhwan, dengan berkata, 'Kau hubungi lah diaorang, kirim salam tanya khabar", yang difahami oleh Muhammad Zahid sebagai arahan untuk meminta dana politik, dan beliau pun terus membuat panggilan tersebut.
"Kami mengakui menyampaikan 'salam' melalui orang tengah adalah amalan kebiasaan dalam kalangan umat Islam, tetapi dalam konteks kes ini, responden sebagai pengerusi FICSB yang terlibat dalam kelulusan pembelian Merdeka Palace Hotel, kerap kali menyampaikan 'salam' kepada SP 16 (Ikhwan) yang merupakan pengarah dan pemegang saham GAPSB membawa konotasi berbeza," katanya.
Beliau berkata komunikasi responden kepada Muhammad Zahid, bersama dengan 'salam' itu, menyokong bukti bahawa wujud permintaan atau tuntutan bagi wang suapan.
"Sebagai pegawai khas responden, amat tidak munasabah Muhammad Zahid akan meminta atau menuntut wang suapan itu untuk dirinya sendiri. Tindakan itu memerlukan seseorang yang berkuasa untuk meminta atau menuntut jumlah yang besar sedemikian, dan dalam kes ini responden adalah orang tersebut," katanya.
Nordin berkata Mahkamah Rayuan telah tersalah guna anggapan di bawah Seksyen 50 (1) dan gagal menilai fakta berkaitan dalam kes berkenaan dengan sebaiknya, yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Persekutuan.
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz mewakili pihak pendakwaan, manakala Mohd Isa diwakili peguam M.M. Athimulan dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Isa Samad
#kes rasuah
#bekas pengerusi Felda
#bekas MB Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan