KUANTAN:Kerajaan Pahang bersedia menimbang mewajibkan pelajar di negeri itu mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Beliau berkata buat masa ini pengajian itu belum diwajibkan selain terletak di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dibuka kepada semua murid berumur tujuh hingga 11 tahun.
"Cadangan itu amat baik dan kita akan pertimbangkan, buat masa ini tiada halangan bagi anak-anak ini untuk mengikuti KAFA.
"Kita galakkan anak-anak muda mengikuti kelas ini dan kelas ini juga mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa, sama ada di kampung dan bandar. Buat masa lebih 74,000 pelajar dari 14 lokasi telah menyertai KAFA," katanya.
Syed Ibrahim berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, bagi menjawab soalan Andansura Rabu (PAS-Beserah) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang mewajibkan setiap pelajar berumur tujuh hingga 11 tahun mengikuti KAFA.
Menurut Syed Ibrahim, sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan bagi perbelanjaan pembiayaan KAFA pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, selain pelajar, kelas KAFA juga mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa, sama ada di kampung dan bandar. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Ringgit diramal terus kukuh | Permintaan kepada barisan hadapan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

AWANI Ringkas: PM setuju bentuk jawatankuasa penasihat Covid-19 | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

PKP 2.0: Lelaki rempuh sekatan jalan raya COVID-19 ditahan
Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

Diancam hakisan ombak, 'orang pantai' di Kuala Besut rayu tindakan segera
Orang pantai di Kuala Besut tidak tidur lena setiap kali tiba musim tengkujuh, dan merayu bantuan segera daripada pihak berwajib.

Isu air: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia jumpa MB Kedah di mahkamah
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.

GPS berfungsi sebagai kerajaan interim jika tempoh darurat dilanjutkan - Penganalisis
Kerajaan negeri Sarawak yang dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih boleh berfungsi sebagai kerajaan interim bagi memerintah negeri itu sekiranya tempoh darurat terpaksa dilanjutkan.

Pahang belanja RM1 juta sehari untuk mangsa banjir
Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM1 juta sehari bagi membantu mangsa banjir negeri ini, melebihi peruntukan yang disediakan bagi menghadapi musim tengkujuh 2020/2021.

P. Pinang tetap teruskan 4 projek infrastruktur yang dibatalkan peruntukan - KM
Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan keempat-empat projek infrastruktur di negeri itu yang dibatalkan kerajaan Pusat demi kepentingan dan manfaat 1.6 juta rakyat negeri itu.

PH Kedah sedia bekerjasama dengan Pejuang hadapi PRU15
Phahrolrazi berkata keterbukaan pihaknya terutama Parti Amanah Negera (Amanah) selaras seruan presiden parti itu untuk memperbanyakkan rakan serta mengurangkan musuh politik.

Felda tunggu kerajaan negeri lulus cadangan bina rumah tambahan - Idris
Inisiatif itu adalah bagi membolehkan golongan berkenaan membina rumah baharu di lot sedia ada.

Pusat COVID-19 risiko rendah: Pulau Pinang cadang tapak Pesta
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan tapak Pesta Pulau Pinang sebagai pusat risiko rendah COVID-19 yang baharu kerana pusat sedia ada di negeri itu kini hampir mencapai had maksimanya.

Tidak perlu lagi tinggal dalam kereta, lima beranak terima rumah PPR
Kerajaan negeri Pulau Pinang akhirnya meluluskan permohonan Ganesh untuk mendapatkan sebuah unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Isu air: Penyelesaian di mahkamah sebagai langkah terakhir - MB Kedah
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berkata pihaknya masih mahu menyelesaikan perkara itu secara rundingan.